Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

28 Disember 2009

wedding anniversary lagi dan cuti-cuti malaysia







damiya bersama tokmak dan tok abah kt depan umah baru yg dah lama kata abah..bila tgk gambar ni..nampak sgt abahku itu dah tua..mak? sama je kot..tak banyak berubah.. bergambar dpn rumah.yang banyak menumpahkan airmata mak dan keringat abah..akhirnya dapat dimiliki selepas 33thn perkahwinan...

25 Disember yang lalu genaplah 35 tahun perkahwinan mak dan abah..nyata, tempoh tu bukan lah satu tempoh yg singkat..dan pastinya kita semua tak tahu..adakah tempoh tersebut akan bertambah atau hanya setakat tu..selalu sembang2 dgn ofismet yg masih ada kedua2 parent "ready tak kita utk kehilangan salah seorang daripada mak ayah kita?" :( :( :( tak terrrrjawab...ready atau tak kita tak tahu keje ALLAH..ntah2 kita yg pergi dulu...


dua insan yg tidak ternilai dgn apa sahaja di dunia ni.."ya allah kasihanilah kedua ibu bapa kami seperti mereka mengasihani kami semasa kecil..".......


AMINNN...kita tinggalkan mood syahdu dan sedih..arini aku baru keje setelah 10 ari bercuti..rase kejap sgt..tak puas main dgn anak2.."ala..mama cuti la sebelas nanti esok2..sebelas lebih banyak dari sepuloh kan.." kata damiya yg tgh galak explore ttg comparison..
Kesempatan cuti ni..akhirnya aku berjaya menghabiskan novel BILA CINTA BERTASBIH episod 1 & 2..di sambung plak dengan TUNGGU TEDUH DULU karya FAISAL TEHRANI..danish memberi kerjasama yg baik utk mama menghabiskan bacaan novelnye..bila nak nenen dia terus tarik novel mama..bukan buku cerita dia..

apa yg aku boleh kata ttg karya penulis muda ni? SUPERB!!! hebat sgt...dia boleh mendalami dan menjadi SALSABILA FAHIM walaupun dia lelaki..dan paling best, akhirnya aku pun mampu berjaya menghayati novel yg agak berat..tapi kata en.suami..ini la novel FAISAL TEHRANI yg paling ringan..huhuhu..ok la buat permulaan kan..hehe..

kalo ada masa aku nak sambung baca MANIKAM KALBU plak..kata en.suami..yg ni agak berat..tapi lagi best...ha! tgk nanti aku berjaya habiskan atau tak..minggu ni just internal audit jer..class start pun 15 JAN nanti...tunggu dan lihat..

Malam tadi danish jatuh..gigi dia berdarah :( sedih dan takut sgt masa tu..tak dan nak amik camera ke apa ke..abis baju aku kene darah dia..ingat kene kat bibir jer..rupanya blakang gigi kacip dia pun berdarah..sambil nangis cakap kat en.suami :( mumula ingat tanak bgtau nak handle sendiri kunon sbb dia tgh melayan damiya kat luar..dah 2,3 minit..darah tak mo brenti..nangis2 tunjuk kat dia.."laa..nape tak cakap" kata en.suami.."ingat tak teruk" kata aku..huhuhu..maafkan mama danish..kakak dulu tak penah berdarah2 camni..mama tgh kemas2 baju daripada beg balik kampung..tak prasan danish tgh main2 lompat2 tilam..alhamdulillah call makcik ani tadi dia ok..

14 Disember 2009

Semoga bahagia milik kalian di syurga~Teh Afifah & Mohd. Ariff

Terkedu..mata terasa panas..begenang .. deraian air mata berjurai tanpa di pinta...
tak terungkap kata2 bila aku baca artikel ni..lagi2 bila tgk gambar ni...kita yang hanya membaca dan mengikuti cerita ni pun asik mengapu air mata dgn tisu..bagaimana pulak dgn perasaan empunya diri..bangun tidur mesti mengharapkan apa yg dilalui semalam hanya mimpi semata2..walaupun hakikatnya suami yg baru dinikahi telah pun dijemput oleh Ilahi..

kita hanya merancang..hanya ALLAH yg maha mengetahui atas segala perancanganNYA..
tabahlah wahai Teh Afifah..smoga bahagia menunggu kalian di syurga..al fatihah utk Allahyarham dan allahyarhamah yang telah dijemput terlebih dahulu oleh Ilahi~ Mohd. Ariff Abd. Kadir, bapanya Ab. Kadir Awang, dan ibunya, Apsah Othman, serta  Mohd. Farhan Musa..
Kita semua akan menyusul kemudian..dengan masa dan keadaan yang tidak diketahui...
Ya allah hidupkanlah kami dengan Iman..matikan lah kami dengan Iman....






Pengantin sempat kirim SMS terakhir

PADANG BESAR 12 Dis. - "Jangan terkejut tengok pakaian abang esok."

Gurauan itu dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Mohd. Ariff Abd. Kadir, 23, buat isterinya, Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid, 23, selepas mereka diijab kabul semalam.

Namun siapa pun tidak menyangka gurauan itu membawa makna serta kesan berpanjangan buat Teh Afifah.

Mohd. Ariff mengirimkan SMS tersebut sebelum pulang dari rumah isterinya selepas majlis akad nikah di Masjid Intan Safinaz, Anak Bukit di Alor Setar, Kedah, kira-kira pukul 10.45 pagi.

Perkara itu dinyatakan oleh abang Allahyarham Mohd. Ariff, Dr. Mohd. Hafiz, 26, ketika ditemui di rumah bapanya di Taman Melati Indah di sini hari ini.

"SMS tersebut dihantar selepas majlis akad nikah, iaitu sebelum kami balik ke Perlis. Dia menghantar SMS itu untuk memaklumkan bahawa pakaian yang akan dipakai ke majlis persandingan hari ini cantik dan tidak diketahui oleh Teh Afifah Syahirah.

"Namun lain pula yang berlaku dan kami menerima ketentuan Allah itu dengan reda," ujarnya.

Beliau juga menyatakan, kenduri kahwin yang dijadualkan di rumah mereka esok untuk kira-kira 1,500 jemputan juga telah ditukar kepada majlis tahlil.

"Esok kami hanya akan buat tahlil. Tetamu yang dijemput tentunya sedia maklum berhubung kemalangan seperti yang disiarkan oleh akhbar hari ini," ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang semalam, pengantin yang baru bergelar suami kira-kira tiga jam itu, maut bersama bapanya, Ab. Kadir Awang, 55, dan ibunya, Apsah Othman, 59, serta jurugambar pengantin, Mohd. Farhan Musa, 18.

Kejadian berlaku di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini, selepas kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu Ab. Kadir dari arah Kangar itu bertembung dengan bas pelancong.

Tragedi itu berlaku selepas keretanya terbabas akibat tayar meletup hingga memasuki laluan bertentangan.

Kereta tersebut yang dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Taman Melati Indah di sini, remuk hingga terperosok ke bawah bahagian hadapan bas.

Menurut Dr. Mohd. Hafiz, pasangan itu sepatutnya bersanding di rumah Teh Afifah Syahirah di Taman Berlian, Alor Setar hari ini, manakala kenduri menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pula esok.

Teh Afifah Syahirah penuntut tahun akhir pengajian kejuruteraan kimia di Auckland, New Zealand pulang ke tanah air untuk melangsungkan perkahwinan.

Mohd. Ariff pula yang baru menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di United Kingdom tahun ini akan melaporkan diri sebagai pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau di sini pada 16 Disember ini.

Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Darat, manakala Mohd. Farhan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Beseri, di sini malam tadi.

11 Disember 2009

Ulat..oh ulat...


Salam...

lega rasanya bila dah abis sesi invigilation..sekarang adalah masa utk rileks, sementara menantikan semester baru yg akan dtg pada januari 2010 nanti..

dikesempatan masa lapang ni, aku kembali kepada hobi yg paling aku suka dan lama dah aku tinggalkan iaitu memancing MEMBACA NOVEL..aku baru jer abis baca novel AYAT-AYAT CINTA karya Habiburrahman El Shirazy,walaupun dah tau jalan ceritanye (sebab tgk filem)..tapi memang tak dpt elak daripada melelehkan air mata kesyahduan..apa yg aku brani kata novelnya memang berganda2 bestnye daripada filem!! walaupun penulis berbangsa indonesia tp ayat2 mudah difahami dan sgt menarik..novel cinta islamic yg memang membuat kita berada di mesir sambil menghayati kisah cinta Fahri dan Aisya..







sekarang ni aku tgh mengabiskan karya kedua Habiburrahman KETIKA CINTA BERTASBIH episod 1..insyallah akan bersambung ke episod 2 nanti..cerita dia memang best dan menarik..tak kurang hebat berbanding karya pertama dia..

bercakap tentang hobi membaca dan kaitannya tentang tajuk entri..aku memang dilahirkan sebagai ulat nangka buku..masa sekolah dulu sanggup kumpul duit sikit2 utk beli novel2 kesayanganku..masa awal2 remaja dulu 11-15thn novelis mana lagi kalo bukan AHADIAT AKASYAH..hampir semua koleksi ahadiat akasyah aku ada daripada budak setan1,2,3..budak momok..segala2 jenis bapak budak tu aku ada..katrina..lagenda budak setan..lama2 dah tak bole layan novel2 gitu dah..layan pulak novel2 CREATIVE ENTERPRISE..masa ni tak kira novelis..asalkan karya yg ada crita syahdu syahdan sket aku layan..TANGISAN BULAN MADU..antara novel yg aku masih ingat tajuknya..yg lain dah lupa..aku lebih suka dok memerap membaca dalam bilik daripada dok dapur ngadap TV..
pas masuk UPM malas tak brapa sempat nak baca novel..plus..takde duit nak beli novel..time zaman "berkawan" dgn en.suami aku terkejut jugak dia kata dia minat baca novel gak..bia betul dia ni minat baca novel..

lepas kawin minat membaca ni dikongsi bersama, ingatkan sebelum kawin,en.suami main cakap jer minat baca novel..iyela ingatkan nak jual minyak amik ati aku dia kata la dia minat baca novel gak..rope2 nye..minat dia pada buku lagi ekstream! bayangkan beberapa bln lepas kawin tiap2 minggu dia akan beli buku..buku pulak bukannya murah2..daripada novel2 karya NORHAYATI BERAHIM, sampai buku2 motivasi ..pantang ada buku baru..dia musti nak beli..menurut crita en. suami..daripada kecik dia pun akan kumpul duit utk beli buku..pantang ada pesta buku, dia dan adik dia mesti ajak mak dan abah (arwah hj. badzri) ke sana..minat dia lagi meluas..kalo aku minat baca novel jiwang cinta je..dia minat novel sastera,islamic,thriller,motivasi,misteri dan cinta jugak..karya2 FAISAL TEHRANI,ABU HASSAN MORAD dan penulis yang berat2 pun dia layan..aku memang malas tak larat nak baca novel yg berat2 sgt..belum minat atau belum sampai seru..huhuhu..iyela dia org seni, memang minat dgn sastera dan kesenian ni..walaupun otak matematik tapi dia layan sastera gak..huhu..aku memang tak terlayan..

mumula aku membebel agak bising la jugak..sebab2 buku2 ni agak mahal RM20-40 sebuah..dan belum abis baca..dah nak beli lagi..tapi akhirnya aku pun naik syok bila kabinet buku kat umah kami dah penuh mcm library..dia pun dah mula la kurangkan beli buku..daripada seminggu satu buku (kdg2 lebih!) kepada sebulan atau 2,3 bln sekali..

sekarang kita org jadikan rutin sebln sekali at least ke MPH atau POPULAR atau NOVEL HUT atau mana2 kedai buku laa..kalo sempat bawak anak2 sekali..kalo tak sempat belikan la DAMIYA dan DANISH apa2 buku atau magazine lama..

alhamdulillah minat kami dah mula diturunkan kepada damiya..dia memang sayangkan buku..daripada kecik memang tak penah koyakkan buku atau magazine..pantang nampak buku mesti nak beli..buku crita/buku mewarna/buku aktiviti/magazine dan pape la yg dia rase minat..kdg2 sampai marah kat dia bila dia asik suruh bacakan buku..padahal masa tu dah pukul 12.30 malam! Danish pun dah mula minat jugak, daripada asik koyakkan buku, dah mula pandai buka perlahan2..kalo nak nenen, dah bole kita cakap "kalo nak nenen, go n take your book" ..terkedek2 la dia amik pape buku atau kdg pamplete tesco asalkan berupa kertas..

semoga budaya cintakan ilmu ini akan berterusan dlm family kami..apa yg aku bole katakan membaca ni memang hobi yg paling miracle!! dengan membaca kita dapat "melancong" ke tempat lain..dgn membaca kita dapat kenal budaya org lain..dgn membaca kita akan tahu tentang sesuatu tanpa perlu membayarnye (kecuali harga buku laa..)

"YA, ALLAH YA TUHANKU, KAYAKAN LAH AKU DENGAN ILMU, HIASKAN LAH DIRIKU DENGAN KETENANAGAN JIWA, DAN MULIAKAN LAH DIRIKU DENGAN TAQWA DAN ELOKKANLAH DIRIKU DENGAN 'AFIAT" ~doa menuntut ilmu~

09 Disember 2009

wedding anniversary celebration

takde celebrate berdua pun..just beli cake dan makan anak-branak dan family in law yg kebetulan balik kampung..bila en.suami tanya nak hadiah apa..emm rasa tanak pape..sume baru je dpt time raya aritu..kasut, handbag..perfume pun banyak lagi..keseronokan anak-anak dan kebahagiaan hidup suami isteri tu dah jadik hadiah yg tak ternilai..


ni cake nye..pandan layer cake from NR YUMMIES..yg menariknya deco cake ni just bg info on phone jer..bgtau kak nora tu..buatla design yg cute gambo happy family..damiya paling suka tgk kek tu.."cake birthday kawin mama dan babah" dia kata..yg paling bestnye..kek tu licin tak bersisa langsung..compare kalo beli kek chocolate ke..apa ker..jenuh nak abiskan..yg nie..abis tanpa di paksa :)

last week pun kita org pegi zoo taiping..realisasikan janji dgn damiya..bawak SIL dan anak-anak dia..lama dah tak gi tgk binatang2 nie..best sgt!!




..kat tempat elephant..


..damiya with abg arief, abg adham and kakak arisya..


..tgk..elephant tgh bfeed..


..dalam train tgh tgk giraffe..


..masya allah, canteknye makhluk ciptaan allah yg satu nih..


..mama, danish dah ngantuk..


..jom balik dah..


..dah nak balik baru bergambo kat gate dpn..


..damiya dgn abg a-am bergambo dpm muzium,masa ni mama tgh bfeed danish (sambil zzzzz)

semua tertido kepenatan dlm kete..pas brenti mkn2 sume sambung zzz..aku kena la temankan en.suamiku yg asik nguap..yang pastinya semua balik dgn gembira termasuk danish yang asik panggil semua animals tu cat..bird..pishh..

04 Disember 2009

Aku Terima Nikahnye...


gambar pertama diambil berdua..menggunakan kamera hp en.suami
masa: beberapa jam selepas dinikahkan..
tempat: bilik pengantin



Alhamdulillah...pada saat ini..5 thn yang lalu aku telah selamat dinikahkan dgn insan yang teristimewa..SHAIRIMAN B HJ BADZRI..

Sesungguhnya tiada anugerah yang paling istimewa selain daripada menerima gelaran isteri dan ibu kepada insan yang paling kita kasihi..

Rasenya mcm baru jer berkenalan kat Kolej Canselor UPM..tup-tup dan 5 thn dah kami berkahwin..

Semoga perkahwinan kami ini sentiasa terpelihara di dalam rahmat Ilahi..

"YA ALLAH YANG TUHANKU, AKU AMAT BERSYUKUR KPD MU DI ATAS KURNIAAN SEOARANG SUAMI YANG SOLEH DAN PENYAYANG. BANTULAH DAN PERMUDAHKANLAH DIA YA ALLAH UTK MENJADI SUAMI DAN ANAK YG SOLEH..KUATKANLAH IMANKU, LAPANGKANLAH FIKIRANKU, REDHAKANLAH HATIKU UTK MEMBANTU SUAMIKU BAGI MENJADI ANAK DAN SUAMI YANG SOLEH..SESUNGGUHNYA HIDUP INI TERLALU INDAH DAN SINGKAT UTK DISIA-SIAKAN.."

17 November 2009

Kesah Geng Mak-Mak...


(dari kiri mama fatimah, ibu along, ummi siti, ibu yati, mama fara-yg sedang menggunakan medela manualnya akibat spectra yg sedang diservis, ibu hani)

Geng mak-mak? adakah geng nie bersekongkong dgn geng mamak? hehehe..tidak sama sekali..ni adalah geng mak-mak yang mengepam di ofisku..alhamdulilah komuniti ibu-ibu fully breastfeed kat ofis aku dah makin berkembang..daripada aku sorang terkontang-kanting mengepam time masuk ITP pada september 2006..pastu jumpa along (2 dari kiri) yg baru balik berpantang anak sulungnye..sehingga lah bertambah sehingga 6 org..tu tak termasuk dgn yg pindah lagi..coming soon ada lagi 3 org bakal menyertai kami..

geng mengepam kat ofis ni.. terdapat dlm pelbagai ketegori, sama ada anak sulung, anak kedua atau anak seterusnya..yg pastinya CEO pun maklum akan kegiatan kami ni, asalkan tak menggangu waktu kelas..katanya..sape2 yg baru mengandung pun akan turut terseret ke dunia susuibu bila tgk geng2 ni melakukan operasinya dlm surau..anak2 dara pun kata "nak wat camni gak la nanti"..budaya baru ni dah menular ke seluruh warga ofis..pendek kata tidak bf adalah sesuatu yg memalukan bagi kami :P

alhamdulillah.."kedegilanku" utk tidak memberikan anak2 ku susu formula sejak mula mengandungkan damiya hannani pd 2005 telah menjadi "pengaruh" kpd ramai kawan-kawan dan ahli keluarga..ahli keluarga kawan2..isteri kawan2..dan lain-lain org. yg paling terharu apabila anak jiran mak mertua pun terlibat dalam "kancah" penyusuan sepenuhnya ni bila tgk aku bole buat utk damiya sblm ni..dan lagi seronok apabila mereka lagi hebat dan cemerlang dalam stok dan hasil tenusu (mcm ina udm, kak fina, hani itp dll)

semoga budaya baik ini akan diteruskan utk generasi akan datang..jgn sia2kan apa yg Allah telah kurniakan bagi seorang ibu kpd anaknya..may be tak mustahil satu masa nanti..masa interview bakal menantu nanti, org akan tanya.."kamu dulu fully bf tak?" huhuhu..melampau tak agaknye..

ya allah..kurniakan la rezeki susu kepada anak-anak kami, semoga usaha kami yg sedikit ni akan diberkati dan dipermudahkan..aminn...

kepada anak2 mama..bersyukurlah..kalian dapat berpeluang jadi anak2 fully bf..dan mama panjatkan berjuta2 kesyukuran kepada ilahi kerana melorongkan mama utk memilih jalan ini, walaupun mama dulu tak berpeluang jadi anak susuibu, bkn salah tok mak..bkn salah sesiapa..bak kata tok mak pd mama.."mak dulu mana la tau susu ni bole simpan camni, tahun 1979..mana la tau benda2 camni.bila dah naik keje..kena la ajar korang minum susu botol..mak sokong ko jela bila ko buat camni.."...dan hasilnya..tok mak sponsor beli spectra3..sbb tu mama sayang sgt spectra3 mama tu..TERIMA KASIH MAK..kasih sayang dan pengorbanan mak hanya allah yg dpt membalasnya..

16 September 2009

Hasil 'seni' Damiya Hannani


Damiya lately suka main camera..ntah apa-apa gambar di snap nye..


..gambar ubat opah..


..gambar buku-buku kesayangan dia..


..gambo nikah mama & babah..


..gambar sponge bob yang dia lukih sendiri..ada rupa gak laa..hehehe..




smoga damiya membesar jadi anak yang solehah dan sihat selalu..mama nak damiya tau yang mama sayang sangat kat damiya..sayang sampai rainbow!!

11 Ogos 2009

Majlis Tahlil Arwah Atok & Besday Danish

Dah lama tertangguh nak up date...Entry kali ni just nak upload gambar-gambar sekitar majlis tahlil arwah abah (Allahyarham Hj. Badzri-bapa mertuaku) yang telah kembali ke rahmatullah 5 ogos 2002 yang lalu, serta sambutan berday DANISH HUSAINY (7 ogos) dan opahnya (19 Ogos..majlis di adakan pada 8 Ogos yang lalu..


...persiapan majlis...



...di antara hidangan yang disediakan..


...opah melayan tetamu yang hadir..


...the cake..


...the birthday boy and his mom..


..the cake lover..


..the little hero..


..look mama..i'm a big boy now..

07 Ogos 2009

Alhamduillah..diizinkanNya sehingga setahun..



alhamdulillah..danish husainy turn to one..hari ini pada tahun 2008 yang lepas aku selamat melahirkan Danish pada jam 7.40pm dgn berat 3kg di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan Ipoh..semua kata nape tak besalin 080808..isk..ingat boley tahan-tahan ke? hehe...alhamdulillah pengalaman melahirkan danish dipermudahkanNYA..dan dengan izinNYA jua danish dapat fully breastfeed sehingga kini..walaupun dgn kais pagi makan pagi..kais ptg makan ptg..(pam pagi utk pagi..pam ptg utk ptg)..

smlm pun danish dah berjalan..ikut mamanya jenis berjalan awal :)..pandai cakap "dah.." (bila dah kenyang nenen) dan "nak..babah..kakak.." buat bunyi cat..tiger..tapi mama dok panggey "emmmaa.." lagi :)

smoga danish jadi anak yg soleh..membesar sbg anak yang sihat dan cergas..MAMA SAYANG DANISH SAMPAI LANGIT ANGKASA!!! (mcm kakak damiya cakap!)

bila tgk brita pasal penularan H1N1 ni buat aku emosi sgt..rasa nak balik umah..duduk umah dgn anak-anak..tanak gi mana2..nak peluk jer diaorang..

Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,
Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,
kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,
dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,
dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un danbala bencana,
dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam.

Amin.

Note:
Doa untuk Keselamatan dan Kesentosaan daripada segala penyakit
Caranya: Baca doa ini 3 kali pada setiap pagi dan petang.
Dipanjangkan dari Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan

24 Julai 2009

Damiya Hannani vs Danish Husainy


Arini aku rase mcm nak coretkan perbezaan 2 org buah ati aku ni..bkn nak compare atau apa..just nak kenangkan apa agaknya perbezaan atau persamaan antara kedua-dua "produk" FARAZEHAN & SHAIRIMAN (",)

MASA CONCEIVE
Damiya: conceived setelah 10 bln berkahwin, kehadirannya sangat dinanti-nantikan, setelah sedih,pilu dan sayu melihat semua org pregnant..alhamdulillah allah beri peluang..

Danish: conceived setelah 2 bln mencuba, masa tu damiya masih fully breastfeed, rase terkejut gak..ingat lambat lagi lekat sebab damiya dulu lambat..kehadirannya disambut dgn senyum meleret, walaupun sedih terpaksa memperkenalkan damiya dgn FM buat pertama kali atas sebab tekanan darah aku yg rendah dan selalu pitam lepas nyusukan damiya,tambahan dgn ancaman bleeding..

UPT (urine pregnancy test)
Damiya: sorry..kalo coretan ni agak melampau (sbb citer pasal urine!) tapi kedua2duanya ada pengalaman yg sgt berbeza. ujian UPT damiya hanya confirm positif setelah 5 kali test!! kali pertama-keempat tu semuanya negatif (tapi dlm 3,4 jam mcm nmpk slightly garisan 1 lagi...ina, ko terlibat dlm menganalisa result aku time tu..) sampai rasa mcm nak test urine aizat (the one n only sister of mine) sbb nk tgk camne rupenya kalo negatif..maklum la..takde pengalaman..positif setelah 20 ari lewat..

Danish: positif hanya selepas 5 ari lewat, result ujian disaksikan bersama en.suami, time damiya dulu hanya mengkhabarkan berita gumbira dlm telefon jer..

MORNING SICKNESS (alahan)
Damiya: agak teruk..bln puasa plak tu..tinggal gak puasa 4 ari..muntah setiap kali bau masakan bertumis/bergoreng. Langsung tak boleh bau tomyam & nasi goreng walaupun itula makanan feberet sblm tu..selera mkn bubur nasi dgn mihun je..kalo tak..muntah..muntah..muntah..tapi kalo mkn kat umah org (raya & open house) siap bertambah lagi! haha..

Danish: tak brapa teruk muntah, tapi kurang selera mkn, berat bdn turun 4kg sebab alahan,sbb tu tekanan darah pun menurun dan slalu nak pitam..

KENAIKAN BERAT BADAN:
Damiya: 18kg huhu..teruk betul..

Danish: 9kg jer..tapi hasil dari kenaikan terlampau time damiya dulu menyebabkan aku kekal dgn "berat badan unggul"

BELLY SAIZ :
Damiya: kecik dan comei..5 bln baru nmpk perut..tu pun sikit jer..7 bln baru pakai baju pregnant..8 bln baru org kata "eh..fara tu baru pregnant ye.."..jwb sorang lagi "isk..dah nak bersalin dah org tu.."

Danish: emm..sama jer..tak nmpk sgt, ckp dgn student dah 8 bln pun diorg tak caya..(nak bgtau sbb nak duduk jer lecture dlm kelas)..still tak dpt privilage sbg wanita mengandung pun..bratur kat ATM memana pun org wat tak tau jer..ataupun memang rakyat malaysia ni memang tak pedulikan org? :P

KERJAYA & TUGAS MAMA
Damiya: as pegawai tadbir, tugas aku tak banyak berjalan, duduk dan merancang (serta mengarah hihi)..sebab tu berat bdn naik melampau kot..nak pape sumer call staff jer..

Danish: As a lecturer..banyak naik turun kelas..berjalan ke sana ke mari..5 bln lebih still jadi MC konvo, (nasib baik larat berdiri time tu)..perut pun tak nampak lagi, jadi tak nampak la mcm "apa la diorg ni..pempuan ngandung suruh jadik MC"..memang banyak berjalan..berjalan..berjalan...

TANDA BERSALIN
Damiya: pecah air ketuban, 2minggu sblm due date..mlm kul 2pg, rushing ke hospital putrajaya..dalam debaran dan kerisauan..

Danish: Pagi gi ofis mcm biasa..kul 11 minta permission dgn bos nak gi check up 38minggu..Dr. Raoofah scan kata air ketuban kurang dan offer nak buat VE, tgh check muka dia berubah "eh..dah 4cm ni..u akan bersalin arini jugak!" terkejut..tak rase sakit apa..tak de pape tanda pun..dah nak kene bersalin, paling best siap drive gi skola en.suami dan naik balik ke ofis..serah tugas dgn lecturer yg nak replace..sume ofismet risau.."ya allah dah 4 cm camni lagi rupanya..kalao aku dah berguling2 dah ni.."..mantain dan berjalan laju lagi tu...juga awal 2 minggu...

LABOR PAIN
Damiya: masa pecah air ketuban sehingga bersalin makan masa 18 jam, pecah 2 pg bersalin 7.20 magrib..sakit kuat hanya bermula 4ptg..time pagi tu sakit ok jer..tapi aku kene muntah di saat akhir..makan roti pun muntah..minum milo pun muntah..so takde tenaga nak push..masa tunggu jalan terbuka maksimum pun muntah lagi..cakap pun tak larat..bisik2 jer dgn en.suami..air mata jer meleleh sbb penat sgt dan tak larat..time jahit pulak makan masa 1/2 jam..meleleh lagi air mata menahan sakit..

Danish: kul 2 ptg nyerah diri dgn Pusat Rawatan Islan Ar-Ridzuan..selepas gi ofis serah tugas-gi beli nasi ayam-gi singgah beli LEESA FORMULA..emm..tak rase pape..mkn nasik ayam bertambah..lapar sgt..kul 5 ptg nurse drip..blom rasa sakit kuat..borak2 dgn en.suami & nurse..tgk TV dlm labor room..kul 6 rasa sakit kuat sikit,jalan dah 6cm..tapi sembang lagi..kul 7 pun sembang lagi, Dr. Raoofah (gynea) dah sampai, kul 7.30 dah tak bole cakap..senyap menahan sakit..7.40 danish selamat keluar..

SAAT BERSALIN
Damiya: aku rase lemah sgt, time jalan terbuka 10cm aku rasa mcm nak tido sgt (atau tido selama-lamanya??) takde tenaga nak push, sekejap keluar..kejap masuk balik kepala damiya..bertarung 10min..rase nak muntah..rasa nak nangis semua ada..tetiba teringat "ya..allah, dlm pd aku membaca itu & ini pasal breastfeed, parenting, perkembangan pregnancy smua..aku terlupa nak "blaja" push!" memang tak pandai push. Sorang nurse tu menjerit bagi semangat "puan..! jgn teran kat muka, cuba tgk saya tarik nafas..terannn..curik nafas..sambung semula teran!!!"...ya allah..sussahnya nak "mencurik" nafas..damiya keluar pada jam 7.20ptg diiringi dgn azan magrib..dan tangisan kegembiraan mama & babah..

Danish: setelah gynea ready dgn "tools" nya..dia pun duduk betul2 dpn bukaan jalan (nasib baik pempuan..kalo tak..) memang purposely nak bersalin dgn dia..Dr. Raoofah ni sgt cool! ketenangan dia membantu aku utk tenang..takde suasana "meriah" mcm putrajaya..cool dan tenang.."ok fara..kalo rasa sakit..tarik nafas..dah push ye..bismillahirrahman..nirrahim.."..."allahuakbaaaarr"..aku tarik nafas..teraaannnn panjang..curik nafas..teraaannn dan SPLASHHH!!!! danish melompat mcm ikan! bertarung tak sampai seminit alhamdulillah..jahit tak sampai 5min..dan ditolak teruss ke wad..segala nya berjalan lancar dan dipermudahkan NYA..alhamdulillah..

KEHADIRAN BABAH
Damiya: sepanjang pregnancy memang duduk sorang dan hanya ditemani aizat pada bln ke-8. En. suami akan berulang alik setiap minggu ke serdang..kebetulan minggu tu cuti sekolah dan "turn" en.suami yang meneman aku..walaupun duduk jauh, dia masih berpeluang bawak aku ke hospital..dan meneman aku sampai saat damiya keluar..dan berpeluang melagukan iqamah ke telinga permata hati kami..terima kasih abang, walaupun tau abang jenis tak boleh tgk darah (akan pitam bila tgk dan bau..) tapi abang gagahkan diri utk saksikan sendiri saat bersejarah tu.."allah mudahkan dan beri abg kekuatan..fokus pd kelahiran anak, bkn darah yang penuh di cadar dsb" bila ditanya tentang "petua" kekuatan dia..alhamdulillah allah izinkan niat dia..

Danish: en.suami terpaksa membatalkan jemputan sesi motivasi di sebuah skolah di ipoh..juga diizinkan sekali olehNYA utk meneman sehingga ke saat akhir..walaupun sesekali terdengar bunyi batuk en.suami menahan bau ubat..darah dsb..skali lagi allah beri dia kekuatan..en.suami disebelah kiri, mid wife disebelah kanan..alhamdulillah allah mudahkan segala-galanya..dia pun nampak aku berbeza sgt time deliver damiya dan danish..paling dia terkejut, lps bersalinkan danish aku belasah makan nasik ayam yg dihidangkan oleh pihak PUSRAWI Ar-ridzuan sampai licin..kalo dia sediakan dua hidang pun aku habis kot..hehehe..lapar la bang..!!

1ST SESSION OF BREASTFEEDING
Damiya: sebab bersalin hospital government..lepas jahit terus dia suruh en.suami bawa damiya pada aku..sekali bagi jer terus damiya lacthing dan menikmati kolostrum pertama dia..pandai sgt..sebab dia tau niat mama dia utk breastfeed dia sejak sblm pregnant lagi..dapat nyusu dlm sejam pertama selepas kelahiran..

Danish: dah pesan awal2 dgn nurse nak rooming-in dgn baby..tak yah bawa ke nursery dan JANGAN bagi FM..lepas aku makan nasik ayam :P ingat nak nyusukan dia..dia selamber jer tido..kul 10 mlm nak tido dan tgk2 danish tido lagi..isk dah 3 jam tak nyusu lagi ni..takut jaundice..at last kul 4pg baru dia nangis nak nyusu..kuatnya latching anak boy mama nie..lain dgn latching damiya yang lembut..

emm..itu je coretan kali nie..next time sambung lagi,tapi yang pastinya persamaan kedua-duanya adalah anak susuibu..berjaya exlusively breastfeed till 6 months (dgn jalan dan cerita masing-masing yg akan disambung next session)..dan diteruskan fully breastfeeding sehingga ke suatu tempoh..dan kedua-duanya adalah jantung ati mama & babah yang tak dapat nak diganti dgn apa-apa pun di muka bumi nie..DAN..doa yang mama & panjatkan utk kedua-duanya adalah sama: SEMOGA ALLAH PELIHARA ANAK-ANAK MAMA,JADIKAN MEREKA ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN BIJAK YANG BOLEH MENYUMBANG KEPADA AGAMA..PATUH KPD PERINTAH-NYA DAN MENJAUHI LARANGAN-NYA..smoga allah memperkenankan doa mama...

01 Julai 2009

Practising Babywearing







Aku dah pun start practise babywearing, ternyata ia memudahkan bagi mama yang dapat anak-anak kaki berdukong ni..see.. gumbira betul Danish dalam sling tu, TQ tu nurul atas ring sling yang menawan nih..TQ gak kat ina atas recommendation jenama mummy hug ring sling ni..tak lupa juga buat bibik yang ngaja camne nak pakai pesawat ni dgn lebih selesa(mcm nak bagi ucapan dlm radio haha!)..
I LOVE IT!

22 Jun 2009

Mama..Damiya Syudah Syehat..



Alhamdulillah..
Lawatan rutin damiya ke klinik paediatrician semalam dikhabarkan dgn brita gembira..dgn izin Allah..damiya serasi dengan puff inhaler dan menunjukkan reaction yg positif, buat masa sekarang dia dah bebas dari asma..tapi still kene puff malam..lagi-lagi bila cuaca berjerebu sekarang ni..lps hazing reason ni berlalu doktor jasmin cadangkan agar berhenti gunakan puf secara beransur-ansur dan terus bebaskan dia dari inhaler tu..

Dia pun sekarang dah makin aktif..berat badan pun dah naik (agak banyak!)..Dr. Jasmin kata sebab sblm ni..apa yg dia mkn digunakan utk pernafasan, bila dah sihat..apa yg dia makan digunakan utk tumbesaran sepenuhnya (sebab tu anak mama membesar bagai johan!)..tapi kami tgh control diet dia skarang ni..Dr. Jasmin kata kanak-kanak asma tak boleh berat badan berlebihan nanti akan worse kan asma dia.
Bila baca buku "the greedy cat" siap buat contoh lagi:apa akan jadik bila kucing tu makan banyak2..dia ingat plak tu..(kadang-kadang) "damiya takmo jadik mcm cat tu.."..tapi time makan kek coklat..lupa jap crita greedy cat..."ala..damiya nak makan..last..mama..last!" kesian plak huhuhu..demi kesihatan dia..mama kene kuat!

Berat damiya 2bln ni mantain 17kg..tu satu perkembangan yang baik..
Danish pulak..dah 8.4kg..kuat minum susu..nenen...nenen..nenen..pantang tgk org ngunyah..menjerit mintak disuap!




Smoga allah memberikan kesihatan yang baik utk anak-anak dan ahli keluargaku..aminn..

18 Jun 2009

Menulislah...Demi Anak-Anak



Salam...rasanya dah hampir 4 bln tak jenguk langsung ke blog ni..maklumla sejak ada blog "yang lagi satu tu" aku tak jenguk pun blog ni..tapi aritu bila babah DHS belikan majalah anis bln ni,dan terbaca ruangan tulisan saifulislam (one of my favorite blogger) rase terpanggil plak utk up date kembali blog ni.Tajuk tulisan saifulislam tu..MENULISLAH..DEMI ANAK-ANAK..dalam tu secara ringkasnya aku citerkan dia rasa sedih bila kenangan dia dengan allahyarham abah dia seakan-akan "hampir" hilang..so dia tak mahu dianggap "hilang" dari mata anak-anak dan cucu-cucunya kelak..jadi dia nekad utk menulis di blog/majalah/tulis buku dsb..

untuk anak-anak mama..mama akan mula menulis (arap-arapnya konsisten) demi kalian..agar kenangaan manis sepanjang membesarkan kalian akan tetap utuh dalam ingatan..agar pesanan mama dan babah supaya menjadi anak-anak yang taat perintah Allah & Rasul akan tetap boleh "didengari" dengan adanya pesanan daripada blog ini..walaupun semasa mama & babah telah mengadap Ilahi kelak..insyallah..

21 Februari 2009

Februari Berakhir

Salam. Sedar tak sedar, Februari hampir berlabuh. Huhu... cepatnya masa. Dalam pada tak sedar tu, macam-macam dah kita semua lalui kan. Kehidupan perlu diteruskan. Oh ye. We are now dah mula aktif facebook. hehehe... bestnya dapat unite dengan member2 lama yang bertahun dah tak jumpa

06 Januari 2009

Artikel "Pengalaman Ibu Bekerja"...the original one

Salam sumer...
Citer pengalaman bersalin Danish Husainy akn ditangguhkan ke lain posting..kali ni nak attachkan 'jawapan asal' yang belum di edit oleh wartawan (hehe..thanks cu syada) ke atas artikel "Pengalaman Ibu Bekerja" yang disiarkan dalam mingguan malaysia sekitar julai yang lalu (citer lama laa..). Artikel tersebut terpaksa di edit disebabkan terlalu panjang lebar hehe..maklumla excited sgt citer pasal exlusive breastfeeding..ni dia bendanye..

1) Siapa yang bagi dorongan untuk breastfeed secara eksklusif? Sokongan suami bagaimana?

Dorongan tu datang dari pelbagai pihak sebenarnya. Pertama sekali sebagai seorang muslim saya percaya setiap ciptaan Allah swt pasti ada keistimewaan yang tersendiri. Begitu juga dengan susu ibu, dan terbukti dari hasil penyelidikan, kebaikan susu ibu memang tiada tandingan sama ada kepada bayi ataupun ibu. Tambahan pula susu ibu adalah hak seorang anak yg harus diberikan kpdnya.

Setelah melalui pengalaman hamil kandungan pertama dulu, naluri untuk menyusukan sendiri bayi saya semakin kuat. Jika saya seorang suri rumah pasti tiada sebarang masalah untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya, tetapi sebagai ibu bekerjaya saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk dpt manfaat dari penyusuan susuibu ini. Melalui pembacaan semasa hamil, saya dapat maklumat bahawa ibu bekerjaya juga boleh menyusukan bayi sepenuhnya dengan syarat mengikut teknik, pengetahuan dan kemahiran tertentu. Semenjak dari itu sehingga kandungan kedua ini, saya tidak putus2 mencari maklumat tentang penyusuan ibu seperti persediaan mental, fizikal, peralatan dll.

Suami saya memang mengetahui kehendak saya untuk menyusukan anak kami secara ekslusif, tetapi pada awalnya beliau agak ragu-ragu tentang perkara tersebut. “Cukup ke susu?, bagaimana jika dikehendaki out station” dsb. Tetapi setelah melayari internet dan membaca beberapa majalah keibubapaan, suami saya mula yakin malah memberikan sokongan 100%, dengan mencari keperluan dan peralatan yang sesuai utk mengamalkan penyusuan ekslusif ini. Beliau juga tidak keberatan untuk membantu saya dari segi menyediakan “Breastfeeding kit” (pump susu, cooler bag, botol2 dan cooler element) setiap pagi saya sebelum bertolak ke tempat kerja. Malah beliau akan sama-sama berkongsi kebaikan susuibu ini bersama rakan-rakan sekerja lelaki yang bakal menjadi bapa.

Ibu dan ibu mertua saya juga menyokong kehendak saya setelah melihat kesungguhan kami suami isteri.

2) Dari mana dapat maklumat mengenai breastfeed?

Sebenarnya ramai ibu bekerjaya di malaysia sekarang telah mula mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif ni, saya hanyalah salah seorang daripada ibu yang turut serta mengamalkan cara ini. Melalui internet saya dapati ramai ibu-ibu yang cukup berdedikasi untuk memberikan yang terbaik untuk bayi mereka, ada juga dikalangan mereka adalah golongan profesional seperti doktor perubatan, jurutera, guru dsb. Laman web seperti www.susuibu.com dan www.momslittleones.com banyak menyediakan maklumat berkaitan susuibu spt khidmat jualan barangan & peralatan menyusu secara online. Malah terdapat online forum utk ibu2 bertukar2 fikiran mengenai pengalaman dan masalah penyusuan.

Saya juga akan sentiasa mengemaskini pengetahuan mengenai penyusuan ibu secara ekslusif ini melalui pembacaan majalah dan buku2 keibubapaan. Pendek kata, apa sahaja mengenai penyusuan ibu saya akan baca dan simpan untuk rujukan pada masa akn dtg.

3) Pengalaman kali pertama breastfeed? Masalah?

Saya masih ingat lagi, penyusuan pertama saya adalah di dalam labor room sejurus sahaja selepas selesai proses jahitan selepas bersalin,alhamdulillah saya bersalin di Hospital Putrajaya yang juga menyokong penyusuan ibu. Ibu akan terus diletakkan bersama bayi utk menyusu dalam 1 jam pertama. Ketika itu, tanpa disuruh2 bayi saya terus menghisap kolostrum pertamanya sehingga tertidur. Rasa kekok dapat diatasi dengan mengamalkan apa yang diperolehi melalui pembacaan.

Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah seperti susu lambat keluar, bengkak susu (mastitis) dsb. Cuma masalah yang saya hadapi ketika hendak mula bekerja, kesilapan saya ketika itu ialah tiada langsung stok susu ibu dan tidak mempunyai pam susu yang benar2 membantu utk saya membuat stok susu utk diberikan kpd anak saya semasa saya di tmpt kerja. Semasa itu saya hampir putus asa utk meneruskannya. Setelah melayari internet, suami saya telah menyuruh saya untuk menghubungi kaunselor laktasi dari susuibu.com Puan Nor Kamariah Alwi. Setelah menghubungi beliau barulah saya dapat mengatasi masalah tersebut dan sedikit demi sedikit saya telah berjaya membuat stok susu dengan menukar jenama pump susu dan mengamalkan pemakanan yang boleh menggalakkan penyusuan seperti kurma, oat, sayur-sayuran dsb.

Masalah kedua semasa anak saya mencecah umur 5 bln lebih, semasa itu anak saya sgt kuat menyusu sehinggakan stok susu yg ada makin kurang, susu yg di pump di tmpt kerja hanya cukup2 utk diberikan kpd pengasuh keesokkannya. Kdg kala susu habis sblm saya sempat mengambil anak pd jam 6.30 ptg. Tetapi mujurlah saya dapat pengasuh yg sgt penyabar dan amat memahami. Beliau dapat memujuk anak saya sehingga saya tiba. Saya juga cuba menambah stok susu dgn menambah kekerapan sesi pengepaman dan pam pada waktu malam. Alhamdulillah setelah anak saya mula mkn mknn pepejal masalah itu dpt di atasi.

4) Cabaran menyusukan bayi bagi ibu yang berkerjaya? Halangan? Misalnya sukar untuk perah susu di tempat kerja, sokongan majikan dll.

Memang tidak dinafikan sbg pensyarah kolej swasta yg memerlukan saya berada di tmpt kerja dr jam 8 pg-5ptg dan meninggalkan anak bersama pengasuh sepanjang waktu tersebut dgn bekalan susu ibu tanpa ada susu formula adalah amat mencabar. Susu yg dibekalkan haruslah mencukupi utk waktu tersebut. Jadi saya perlu sentiasa memastikan yg stok susu mencukupi. Pengurusan masa perlu betul. Alhamdulillah saya mempunyai rakan-rakan yg juga menyokong penyusuan ibu sama ada ibu2 yg mengamalkan penyusuan secara ekslusif atau menyusu pd waktu mlm. Kami sama2 bertukar fikiran utk sama2 menyokong usaha murni ini.

Saya menggunakan masa rehat utk mengepam susu di surau tmpt kerja saya. Saya juga memaklumkan kpd majikan saya tentang penyusuan ibu secara ekslusif ini, dan alhamdulillah majikan saya memahami asalkan tidak mengganggu waktu kelas.

Cuma sekiranya dikehendaki berkursus atau menghadiri bengkel, saya akan membawa bersama anak serta suami saya dan menyewa bilik sendiri sekiranya terpaksa bermalam.

5) Pengalaman menyusu di tempat awam? Adakah kebanyakan tempat awam di Malaysia sesuai untuk menyusukan bayi? Mungkin rasa malu bila tiada tempat yang sesuai...dll.

Tentang perkara itu, saya tidak mempunyai masalah setakat ini, apabila pergi ke pusat membeli belah, saya akan menyusukan anak di surau atau di baby room. Sekiranya tiada kemudahan tersebut, saya akan mencari tempat yg agak sesuai dan terlindung. Tambahan pula saya sentiasa memakai pakaian yg sesuai utk penyusuan ibu semasa keluar dgn anak saya. Saya teringat semasa anak saya berumur 4 bln, saya telah menyusukan anak saya sambil berjalan dan sebelah tgn lagi memilih barangan di pusat membeli belah tanpa ada sesiapa menyedarinya dan hanya kelihatan spt sedang memangku bayi yang sedang tidur! . Suami saya juga sentiasa memastikan aurat saya sepanjang penyusuan di luar rumah sentiasa terjaga. Menyusu badan bukan halangan untuk kita melakukan aktiviti seperti orang lain, malah memudahkan kerana kita tidak perlu membawa kelengkapan utk membancuh susu formula setiap kali keluar rumah, hanya perlu pakaian yg sesuai utk penyusuan sahaja.

6) Masih berhasrat untuk meneruskan breastfeed untuk bayi yang seterusnya?

Sudah tentu! Insya allah...pengalaman semasa menyusukan anak pertama dulu akan digunakan utk menyempurnakan penyusuan utk anak kedua ini. Anak pertama saya telah menyusu secara ekslusif selama 1 thn 7 bln. Ketika itu, saya terpaksa menghentikan penyusuan ibu di atas nasihat doktor kerana mengalami tekanan darah rendah semasa kandungan kedua berumur hampir 3 bln. Dengan berat hati saya “terpaksa memperkenalkan” anak saya dengan susu formula buat kali pertama semasa itu. Kalau ikutkan memang sedih tetapi saya memikirkan mungkin allah telah menetapkan rezeki anak saya setakat itu sahaja. Dan pastinya saya tak sabar utk meneruskan penyusuan ekslusif kpd bayi kedua saya yang dijangkakan akn lahir pada ogos dpn.

7) Nasihat untuk mereka yang ingin menyusu secara eksklusif....

· Banyakkan pengetahuan dengan membaca (internet atau buku) tentang penyusuan ibu.

· Jangan keberatan untuk invest utk peralatan penyusuan ibu seperti pump susu yang berkualti dan mempunyai ciri-ciri spt menyamai cara hisapan bayi atau pengepaman berkembar (double pumping), cooler bag, supplement dll. (memang agak mahal, tetapi sgt berbaloi dan boleh berjimat utk jangka masa panjang)

· Kuatkan semangat dengan menyertai kumpulan sokongan penyusuan yang juga mengamalkan penyusuan ibu ini. Jgn salah rujuk orang, dikhuatiri dpt maklumat yg salah.

· Dapatkan pengasuh atau pusat jagaan bayi yang boleh membantu kita utk mengendalikan & memberi susu ibu kpd bayi. Tidak dinafikan pengasuh mempunyai pengaruh yang besar ke atas kejayaan penyusuan secara ekslusif.

· Amalkan pemakanan secara sihat utk menjamin kualiti dan kuantiti susu.

· Akhir sekali selepas berusaha, bnyakkan berdoa & bertawakkal utk usaha murni ini, mudah-mudahan diberkati dan dipermudahkan.



haa..panjang tak ..patutla kena edit..hehe..alhamdulillah..sehingga kini allah masih izinkan Danish Husainy menyusu secara exlusive...doa mama agar Danish Husainy dapat menyusu sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, semoga allah beri kekuatan utk mama memberikan yang terbaik utk anak mama..insya allah...