Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

14 November 2008

Cepatnya... dan UPSR dah keluar

Cepatnya masa berlalu. Jika di awal 2008 rasa jauh lagi ke hujung tahun, kini cuti sekolah akan menjelma. Esok hari terakhir persekolahan. Memang sibuk. Sebagai pendidik apabila sekolah akan bercuti, banyak perkara perlu diselesaikan. Ye la, urusan 2009 juga perlu dirancang dari sekarang. Anak-anak muridku juga baru dapat result UPSR. Alhamdulillah, walaupun sedikit lari dari perancangan, 14 orang muridku berjaya juga mendapat 5A. 4A1B juga ramai sangat. Melihat rami yang menitis air mata (kerana gembira dan tidak kurang yang berduka), aku mula mengimbas kenangan tahun 1989. Aku antara 15 orang murid di sekolahku yang mendapat 5A. Masa itu rasanya kegembiraan macam biasa-biasa sahaja. Tidak tertekan untuk mendapat cemerlang malah yang gagal juga nampak mampu ketawa. Adakah kerana pada masa itu tiada tekanan dan harapan yang melambung tinggi dari persekitaran? Masa ini, murid-murid seawal Tahun 1 juga seperti terdesak untuk cemerlang. Lihatlah, bukan sedikit ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Emm...
Berbalik kepada peristiwa pagi tadi, tahniah cikgu ucapkan pada semua. Jalan ke menara masih jauh. Masih ingat tangga-tangga yang cikgu pernah paparkan? Pilihlah jalanyang kamu suka. Keputusan ditangan kita. Jika anda sudah berpuas hati setakat kejayaan hari ini, bagaimana pula dimasa hadapan? Berulangkah kejayaan ini? Usahalah, doalah. Anda pasti mampu. Cikgu senantiasa mendoakan anak-anak murid semua berjaya didunia dan akhirat.

08 November 2008

Nak share...pengalaman bersalin

Salam...
ni first time mamaDHS, post dlm blog nie..(First time nak berrblog sebenarnye..huhu)..salam utk semua..
Alhamdulillah..allah beri peluang utk mamaDHS menjadi isteri dan seterusnya menjadi ibu kepada 2 org budak tomei (paling comel di hatiku!!).. entry pertamaku ini nak share pengalaman bersalin DAMIYA HANNANI BINTI SHAIRIMAN..penantian bulan demi bulan selepas diijabkabulkan utk bergelar ibu sangat getir dan mencabar. Tak boley dgr org tanye "dah berisi ke blom" mesti nak meleleh air mata ni..bukan tak sabar atau tak redha..tapi belom cukup kuat utk menangani perkara tu..dpn org senyum jela..tp pastu nangis sorang2..ngadu dgn babahDHS, tiap kali tepon malam (masa tu tgh PJJ-perkahwinan jarak jauh..kita hanya merancang..hanya allah yg menentukan dan menetapkan bila agaknya perkara itu akan terjadi...

akhirnya dalam bulan ramadan 2005, mamaDHS telah disahkan positif oleh ucuDHS ketika itu hehe..dan kemudian oleh Doktor Jameaton (Bandar Putra Permai..lamanya tak dtg ke tempat tu!!)..maka bermulalah pengalaman mengusung perut (yg tak brapa besar tu) ke hulu dan ke hilir..Alhamdulillah!! walaupun masa tu dok sorang2 (ucuDHS dapat sambung UPSI, jumpe babahDHS ujung minggu je) mamaDHS sgt la kuat dan tabah..tak pernah menangis walaupun kesunyian (huhu..org lain yg sedih tgk kite pregnant sorang2 masa tu..) mungkin sbb terlalu nak sgt pregnant dan rase mcm sentiasa ada org temankan kita masa tu..(damiya mama la tu..)..banyak sgt "kebetulan" yg allah dah aturkan utk kehamilan pertama mamaDHS ni..dalam bulan kelapan kandungan mamaDHS..ucuDHS pun cuti UPSI dan temankan mamaDHS di serdang..so tak la dok sorang2 bila dah sarat tu.

Pada genap minggu ke 38..masa tu nak cuti skola dah..babahDHS pun dtg serdang utk mengabiskan cuti dgn mamaDHS..ucuDHS pun balik kampung laa..turn dia jaga mamaDHS dah abis..lps anta ucuDHS balik tg. karang mama&babahDHS pun jenjalan ke alamanda..round la window shopping..pasti gi umah mak ngah DHS utk solat magrib dan dinner skali kat situ..pastu kami balik serdang dan siap2 kan baju utk mamaDHS gi ofis esoknya..malam itu..tgh tido dalam jam 2.00 pg mama DHS terasa air mcm air mengalir, kejutkan babah DHS..terus babahDHS call makngah DHS..mak ngah kata "sah!! air ktuban..!"..teruskan kami dalam keadaan berdebar+suspen+seram bersiap2 ke hospital putrajaya..call ucu DHS yg baru je nak tido utk bgtau tok mak dgn tok abah..

ingatkan nak bersalin sgt dah..rupanya jalan baru buka 1cm..keesokkan arinya (29 Mei 2006) bemulalah fasa contraction yg mamaDHS rasa..sakitnya hanya allah yg tahu tapi mama DHS cuba kurangkan dgn membaca surah al-mulk dan berjalan2 di sekitar wad...sesekali baring dan terlelap..mamaDHS mengalami muntah2 dalam fasa contraction ni..tak tau nape..tetiba batuk teruk dtg dan muntah2 beberapa kali..sampai la 4.30 ptg bila doktor mengesahkan yg jalan telah terbuka 4cm...mama DHS ditolak dgn wheel chair ke labor room..seram sejuk..hnya allah yg tahu.."ya Allah..kau permudahkan lah urusan hamba Mu ini..

BabahDHS dibenarkan utk masuk (memang jadik polisi Hospital Putrajaya kot-suami masuk ke labor room utk membantu mudahkan bersalin serta memberikan semangat) memang babahDHS dah niat pun utk temankan dan alhamdulillah allah izinkan utk hantar ke hospital-masuk dan temankan dlm labor room walaupun duduk berasingan..

Dalam labor room pun masih rase nak muntah 2,3 kali..badan lemah sgt sbb makanan sumer kluar balik..masa tu mcm2 perkara dtg bertalu2 dalam pemikiran.."mcm ni la yg mak rasa masa nak lahirkan aku.."..akhirnya dalam jam 7.00 malam jalan telah terbuka sepenuhnya..dan mamaDHS telah diarahkan utk meneran..TAPI!!! "ha..camne nak teran??" ya allah..mcm2 yg mamaDHS baca dan carik sblm bersalin tentang amalan ibu mengndung, tentang penyusuan ibu, tentang pemakanan dan amalan dlm pantang..tp tak blaja tentang meneran!!! huhu..20minit jugak proses labor tu berterusan..akhirnya damiya hannani selamat dilahirkan diiringi dengan azan maghrib..mendengar tangisan pertama dia wat mama&babahDHS sama2 nangis kesyukuran...alhamdulillah..syukur ya allah..anakku telah lahir dgn selamat dan sempurna..

sekarang damiya dah hampir 2 tahun 6bln..kenangan tu tak pernah padam dlm ingatan mamaDHS..malah akan terus subur..tiap kali memandang wajah damiya terutama masa tidur..pasti mama akan teringatkan saat2 indah masa pregnant, melahirkan dan menyusukan dia..smoga anak mama akan menjadi anak yg solehah dan bijak..sihat selalu..dan akan menjadi srikandi agama dan bangsa..insya allah..

posting akan dtg..nak share pengalaman melahirkan anak terunaku..DANISH HUSAINY BIN SHAIRIMAN

05 November 2008

Hendak 1000 Daya

Salam. Hari ini saya bersama-sama murid saya ada latihan dikir barat di sekolah. Tak pernah saya latih dan masuk dikir barat seumur hidup saya. Tapi bila GB saya minta tolong latih, saya usahakan juga. Insyaallah kami akan cuba jayakan. Sebelum ini saya bersama ustaz sekolah saya melatih buat kali pertama melatih pasukan kompang selawat. Pertandingan ini juga julung kali diadakan. Selepas berjaya mewakili Negeri Perak, kami ke peringkat Kebangsaan di Johor Bahru. Alhamdulillah, dengan kosong pengalaman melatih kompang, kami berjaya mendapat tempat ketiga kebangsaan. Rezeki. Tak pernah saya main kompang, latih kompang atau dalam kata lain, sebenarnya saya tidak tahu bermain kompang. Setakat ikut-ikut bolehlah. Tetapi mungkin pernah aktif bernasyid dan tahu juga la bunyi-bunyi percussion ni banyak membantu kami. Apa yang lebih bertuah, anak-anak murid saya ni memang cekap dan hebat. Bagi tau je nak bunyi macam mana, mereka ketuk, terus jadi. Senang kerja kami. Apa pun, inilah dia pengalaman yang saya dapat. Tak semestinya kita tak tahu dan tak pernah buat maka kita akan gagal. Jangan bagi alasan " Saya tak tahu" atau "Saya tak pernah buat, jadi saya tak boleh buat". Pebgajaran yang saya dapat, benarlah kata pepatah hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau hendak dan ada pula minat, pasti kita usahakan agar apa yang kita lakukan jadi kenyataan. Oh ye.. Nak stop, nak solat Zuhur. K

30 Oktober 2008

Semoga Damiya Cepat Sembuh

Pagi ini, Damiya sekali lagi terpaksa babah dan mamanya bawa ke hospital untuk neb. Kesian tengok anak babah. Tapi Damiya memang kuat dan tak menangis pun. Selepas itu, kami ke klinik pakar kanak-kanak untuk rawatan susulan. 3 minggu lepas, Damiya masuk wad. Dia ada tanda-tanda asma or lelah. Selepas itu, keadaan kembali ok. Cuma malam tadi saja dia nampak sedikit tercungap-cungap masa bercakap. Harap-harap Damiya cepat sembuh. Alhamdulillah, bab nak makan ubat, sekarang ni, ajak sekali je, Damiya pasti akan terus tunggu untuk disuap ubat ke mulutnya. Sayang anak babah. Danish pula... memanglah baby yang baik sekali. Jarang benar dia merengek dan menangis tak tentu pasal kecuali bila hendak menyusu. Setakat petang tadi, bila dihubungi pengasuh Damiya & Danish, alhamdulillah Damiya ok. Sedang main masak-masak.Anyway, sebagai ibu bapa, kita memang mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak kita, kan. Moga Allah merestui dan memakbulkan doa-doa kita, Amin.

29 Oktober 2008

Cahaya mata

Cahaya mata, itulah antara kurniaan paling berharga buat pasangan suami isteri. Syukur, saya dan isteri dikurniakan sepasang cahaya mata. Damiya Hannani (2 tahun 5 bulan) dan Danish Husainy (2 bulan), cahaya mata kami yang tersayang. Benarlah kata orang. Penat bagaimana sekalipun apabila pulang dari kerja, menatap dan melayan keletah anak-anak, hilang segala lelah. Gelak ketawa mereka bagaikan penawar segala-galanya. Begitulah agaknya ye, perasaan mak dan abah aku dahulu. Kasih sayang mereka kepada anak-anak memang tiada taranya. Kini, kami menggalas tugas yang sama. Persoalannya, mampukah kami mendidik anak-anak sebagaimana mak dan abah kami dahulu? Moga Allah senantiasa bersama kami di dalam perjalanan ini. Doa kami juga, moga anak-anak bakal membesar dan berjaya di dunia dan akhirat. permata hati ini senantiasa di doakan taat dan patuh pada perintah Ilahi dan rasul. Mama dan Babah sentiasa mendoakan kejayaan dan keredhaan Allah seiring dengan perjalanan anak-anak mama dan babah. Amin.

Salam

Assalamualaikum....
Hari ini secara rasminya, blog ini akanaktif menggantikan blog saya yang lalu. Blog ini bakal diisi dengan segala kisah dan pengalaman untuk dikongsi bersama. InsyaAllah, di alam maya ini, semoga akan wujud ukhwah antara kita semua.