Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

06 Januari 2009

Artikel "Pengalaman Ibu Bekerja"...the original one

Salam sumer...
Citer pengalaman bersalin Danish Husainy akn ditangguhkan ke lain posting..kali ni nak attachkan 'jawapan asal' yang belum di edit oleh wartawan (hehe..thanks cu syada) ke atas artikel "Pengalaman Ibu Bekerja" yang disiarkan dalam mingguan malaysia sekitar julai yang lalu (citer lama laa..). Artikel tersebut terpaksa di edit disebabkan terlalu panjang lebar hehe..maklumla excited sgt citer pasal exlusive breastfeeding..ni dia bendanye..

1) Siapa yang bagi dorongan untuk breastfeed secara eksklusif? Sokongan suami bagaimana?

Dorongan tu datang dari pelbagai pihak sebenarnya. Pertama sekali sebagai seorang muslim saya percaya setiap ciptaan Allah swt pasti ada keistimewaan yang tersendiri. Begitu juga dengan susu ibu, dan terbukti dari hasil penyelidikan, kebaikan susu ibu memang tiada tandingan sama ada kepada bayi ataupun ibu. Tambahan pula susu ibu adalah hak seorang anak yg harus diberikan kpdnya.

Setelah melalui pengalaman hamil kandungan pertama dulu, naluri untuk menyusukan sendiri bayi saya semakin kuat. Jika saya seorang suri rumah pasti tiada sebarang masalah untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya, tetapi sebagai ibu bekerjaya saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk dpt manfaat dari penyusuan susuibu ini. Melalui pembacaan semasa hamil, saya dapat maklumat bahawa ibu bekerjaya juga boleh menyusukan bayi sepenuhnya dengan syarat mengikut teknik, pengetahuan dan kemahiran tertentu. Semenjak dari itu sehingga kandungan kedua ini, saya tidak putus2 mencari maklumat tentang penyusuan ibu seperti persediaan mental, fizikal, peralatan dll.

Suami saya memang mengetahui kehendak saya untuk menyusukan anak kami secara ekslusif, tetapi pada awalnya beliau agak ragu-ragu tentang perkara tersebut. “Cukup ke susu?, bagaimana jika dikehendaki out station” dsb. Tetapi setelah melayari internet dan membaca beberapa majalah keibubapaan, suami saya mula yakin malah memberikan sokongan 100%, dengan mencari keperluan dan peralatan yang sesuai utk mengamalkan penyusuan ekslusif ini. Beliau juga tidak keberatan untuk membantu saya dari segi menyediakan “Breastfeeding kit” (pump susu, cooler bag, botol2 dan cooler element) setiap pagi saya sebelum bertolak ke tempat kerja. Malah beliau akan sama-sama berkongsi kebaikan susuibu ini bersama rakan-rakan sekerja lelaki yang bakal menjadi bapa.

Ibu dan ibu mertua saya juga menyokong kehendak saya setelah melihat kesungguhan kami suami isteri.

2) Dari mana dapat maklumat mengenai breastfeed?

Sebenarnya ramai ibu bekerjaya di malaysia sekarang telah mula mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif ni, saya hanyalah salah seorang daripada ibu yang turut serta mengamalkan cara ini. Melalui internet saya dapati ramai ibu-ibu yang cukup berdedikasi untuk memberikan yang terbaik untuk bayi mereka, ada juga dikalangan mereka adalah golongan profesional seperti doktor perubatan, jurutera, guru dsb. Laman web seperti www.susuibu.com dan www.momslittleones.com banyak menyediakan maklumat berkaitan susuibu spt khidmat jualan barangan & peralatan menyusu secara online. Malah terdapat online forum utk ibu2 bertukar2 fikiran mengenai pengalaman dan masalah penyusuan.

Saya juga akan sentiasa mengemaskini pengetahuan mengenai penyusuan ibu secara ekslusif ini melalui pembacaan majalah dan buku2 keibubapaan. Pendek kata, apa sahaja mengenai penyusuan ibu saya akan baca dan simpan untuk rujukan pada masa akn dtg.

3) Pengalaman kali pertama breastfeed? Masalah?

Saya masih ingat lagi, penyusuan pertama saya adalah di dalam labor room sejurus sahaja selepas selesai proses jahitan selepas bersalin,alhamdulillah saya bersalin di Hospital Putrajaya yang juga menyokong penyusuan ibu. Ibu akan terus diletakkan bersama bayi utk menyusu dalam 1 jam pertama. Ketika itu, tanpa disuruh2 bayi saya terus menghisap kolostrum pertamanya sehingga tertidur. Rasa kekok dapat diatasi dengan mengamalkan apa yang diperolehi melalui pembacaan.

Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah seperti susu lambat keluar, bengkak susu (mastitis) dsb. Cuma masalah yang saya hadapi ketika hendak mula bekerja, kesilapan saya ketika itu ialah tiada langsung stok susu ibu dan tidak mempunyai pam susu yang benar2 membantu utk saya membuat stok susu utk diberikan kpd anak saya semasa saya di tmpt kerja. Semasa itu saya hampir putus asa utk meneruskannya. Setelah melayari internet, suami saya telah menyuruh saya untuk menghubungi kaunselor laktasi dari susuibu.com Puan Nor Kamariah Alwi. Setelah menghubungi beliau barulah saya dapat mengatasi masalah tersebut dan sedikit demi sedikit saya telah berjaya membuat stok susu dengan menukar jenama pump susu dan mengamalkan pemakanan yang boleh menggalakkan penyusuan seperti kurma, oat, sayur-sayuran dsb.

Masalah kedua semasa anak saya mencecah umur 5 bln lebih, semasa itu anak saya sgt kuat menyusu sehinggakan stok susu yg ada makin kurang, susu yg di pump di tmpt kerja hanya cukup2 utk diberikan kpd pengasuh keesokkannya. Kdg kala susu habis sblm saya sempat mengambil anak pd jam 6.30 ptg. Tetapi mujurlah saya dapat pengasuh yg sgt penyabar dan amat memahami. Beliau dapat memujuk anak saya sehingga saya tiba. Saya juga cuba menambah stok susu dgn menambah kekerapan sesi pengepaman dan pam pada waktu malam. Alhamdulillah setelah anak saya mula mkn mknn pepejal masalah itu dpt di atasi.

4) Cabaran menyusukan bayi bagi ibu yang berkerjaya? Halangan? Misalnya sukar untuk perah susu di tempat kerja, sokongan majikan dll.

Memang tidak dinafikan sbg pensyarah kolej swasta yg memerlukan saya berada di tmpt kerja dr jam 8 pg-5ptg dan meninggalkan anak bersama pengasuh sepanjang waktu tersebut dgn bekalan susu ibu tanpa ada susu formula adalah amat mencabar. Susu yg dibekalkan haruslah mencukupi utk waktu tersebut. Jadi saya perlu sentiasa memastikan yg stok susu mencukupi. Pengurusan masa perlu betul. Alhamdulillah saya mempunyai rakan-rakan yg juga menyokong penyusuan ibu sama ada ibu2 yg mengamalkan penyusuan secara ekslusif atau menyusu pd waktu mlm. Kami sama2 bertukar fikiran utk sama2 menyokong usaha murni ini.

Saya menggunakan masa rehat utk mengepam susu di surau tmpt kerja saya. Saya juga memaklumkan kpd majikan saya tentang penyusuan ibu secara ekslusif ini, dan alhamdulillah majikan saya memahami asalkan tidak mengganggu waktu kelas.

Cuma sekiranya dikehendaki berkursus atau menghadiri bengkel, saya akan membawa bersama anak serta suami saya dan menyewa bilik sendiri sekiranya terpaksa bermalam.

5) Pengalaman menyusu di tempat awam? Adakah kebanyakan tempat awam di Malaysia sesuai untuk menyusukan bayi? Mungkin rasa malu bila tiada tempat yang sesuai...dll.

Tentang perkara itu, saya tidak mempunyai masalah setakat ini, apabila pergi ke pusat membeli belah, saya akan menyusukan anak di surau atau di baby room. Sekiranya tiada kemudahan tersebut, saya akan mencari tempat yg agak sesuai dan terlindung. Tambahan pula saya sentiasa memakai pakaian yg sesuai utk penyusuan ibu semasa keluar dgn anak saya. Saya teringat semasa anak saya berumur 4 bln, saya telah menyusukan anak saya sambil berjalan dan sebelah tgn lagi memilih barangan di pusat membeli belah tanpa ada sesiapa menyedarinya dan hanya kelihatan spt sedang memangku bayi yang sedang tidur! . Suami saya juga sentiasa memastikan aurat saya sepanjang penyusuan di luar rumah sentiasa terjaga. Menyusu badan bukan halangan untuk kita melakukan aktiviti seperti orang lain, malah memudahkan kerana kita tidak perlu membawa kelengkapan utk membancuh susu formula setiap kali keluar rumah, hanya perlu pakaian yg sesuai utk penyusuan sahaja.

6) Masih berhasrat untuk meneruskan breastfeed untuk bayi yang seterusnya?

Sudah tentu! Insya allah...pengalaman semasa menyusukan anak pertama dulu akan digunakan utk menyempurnakan penyusuan utk anak kedua ini. Anak pertama saya telah menyusu secara ekslusif selama 1 thn 7 bln. Ketika itu, saya terpaksa menghentikan penyusuan ibu di atas nasihat doktor kerana mengalami tekanan darah rendah semasa kandungan kedua berumur hampir 3 bln. Dengan berat hati saya “terpaksa memperkenalkan” anak saya dengan susu formula buat kali pertama semasa itu. Kalau ikutkan memang sedih tetapi saya memikirkan mungkin allah telah menetapkan rezeki anak saya setakat itu sahaja. Dan pastinya saya tak sabar utk meneruskan penyusuan ekslusif kpd bayi kedua saya yang dijangkakan akn lahir pada ogos dpn.

7) Nasihat untuk mereka yang ingin menyusu secara eksklusif....

· Banyakkan pengetahuan dengan membaca (internet atau buku) tentang penyusuan ibu.

· Jangan keberatan untuk invest utk peralatan penyusuan ibu seperti pump susu yang berkualti dan mempunyai ciri-ciri spt menyamai cara hisapan bayi atau pengepaman berkembar (double pumping), cooler bag, supplement dll. (memang agak mahal, tetapi sgt berbaloi dan boleh berjimat utk jangka masa panjang)

· Kuatkan semangat dengan menyertai kumpulan sokongan penyusuan yang juga mengamalkan penyusuan ibu ini. Jgn salah rujuk orang, dikhuatiri dpt maklumat yg salah.

· Dapatkan pengasuh atau pusat jagaan bayi yang boleh membantu kita utk mengendalikan & memberi susu ibu kpd bayi. Tidak dinafikan pengasuh mempunyai pengaruh yang besar ke atas kejayaan penyusuan secara ekslusif.

· Amalkan pemakanan secara sihat utk menjamin kualiti dan kuantiti susu.

· Akhir sekali selepas berusaha, bnyakkan berdoa & bertawakkal utk usaha murni ini, mudah-mudahan diberkati dan dipermudahkan.



haa..panjang tak ..patutla kena edit..hehe..alhamdulillah..sehingga kini allah masih izinkan Danish Husainy menyusu secara exlusive...doa mama agar Danish Husainy dapat menyusu sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, semoga allah beri kekuatan utk mama memberikan yang terbaik utk anak mama..insya allah...



Tiada ulasan: