Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

11 Disember 2009

Ulat..oh ulat...


Salam...

lega rasanya bila dah abis sesi invigilation..sekarang adalah masa utk rileks, sementara menantikan semester baru yg akan dtg pada januari 2010 nanti..

dikesempatan masa lapang ni, aku kembali kepada hobi yg paling aku suka dan lama dah aku tinggalkan iaitu memancing MEMBACA NOVEL..aku baru jer abis baca novel AYAT-AYAT CINTA karya Habiburrahman El Shirazy,walaupun dah tau jalan ceritanye (sebab tgk filem)..tapi memang tak dpt elak daripada melelehkan air mata kesyahduan..apa yg aku brani kata novelnya memang berganda2 bestnye daripada filem!! walaupun penulis berbangsa indonesia tp ayat2 mudah difahami dan sgt menarik..novel cinta islamic yg memang membuat kita berada di mesir sambil menghayati kisah cinta Fahri dan Aisya..







sekarang ni aku tgh mengabiskan karya kedua Habiburrahman KETIKA CINTA BERTASBIH episod 1..insyallah akan bersambung ke episod 2 nanti..cerita dia memang best dan menarik..tak kurang hebat berbanding karya pertama dia..

bercakap tentang hobi membaca dan kaitannya tentang tajuk entri..aku memang dilahirkan sebagai ulat nangka buku..masa sekolah dulu sanggup kumpul duit sikit2 utk beli novel2 kesayanganku..masa awal2 remaja dulu 11-15thn novelis mana lagi kalo bukan AHADIAT AKASYAH..hampir semua koleksi ahadiat akasyah aku ada daripada budak setan1,2,3..budak momok..segala2 jenis bapak budak tu aku ada..katrina..lagenda budak setan..lama2 dah tak bole layan novel2 gitu dah..layan pulak novel2 CREATIVE ENTERPRISE..masa ni tak kira novelis..asalkan karya yg ada crita syahdu syahdan sket aku layan..TANGISAN BULAN MADU..antara novel yg aku masih ingat tajuknya..yg lain dah lupa..aku lebih suka dok memerap membaca dalam bilik daripada dok dapur ngadap TV..
pas masuk UPM malas tak brapa sempat nak baca novel..plus..takde duit nak beli novel..time zaman "berkawan" dgn en.suami aku terkejut jugak dia kata dia minat baca novel gak..bia betul dia ni minat baca novel..

lepas kawin minat membaca ni dikongsi bersama, ingatkan sebelum kawin,en.suami main cakap jer minat baca novel..iyela ingatkan nak jual minyak amik ati aku dia kata la dia minat baca novel gak..rope2 nye..minat dia pada buku lagi ekstream! bayangkan beberapa bln lepas kawin tiap2 minggu dia akan beli buku..buku pulak bukannya murah2..daripada novel2 karya NORHAYATI BERAHIM, sampai buku2 motivasi ..pantang ada buku baru..dia musti nak beli..menurut crita en. suami..daripada kecik dia pun akan kumpul duit utk beli buku..pantang ada pesta buku, dia dan adik dia mesti ajak mak dan abah (arwah hj. badzri) ke sana..minat dia lagi meluas..kalo aku minat baca novel jiwang cinta je..dia minat novel sastera,islamic,thriller,motivasi,misteri dan cinta jugak..karya2 FAISAL TEHRANI,ABU HASSAN MORAD dan penulis yang berat2 pun dia layan..aku memang malas tak larat nak baca novel yg berat2 sgt..belum minat atau belum sampai seru..huhuhu..iyela dia org seni, memang minat dgn sastera dan kesenian ni..walaupun otak matematik tapi dia layan sastera gak..huhu..aku memang tak terlayan..

mumula aku membebel agak bising la jugak..sebab2 buku2 ni agak mahal RM20-40 sebuah..dan belum abis baca..dah nak beli lagi..tapi akhirnya aku pun naik syok bila kabinet buku kat umah kami dah penuh mcm library..dia pun dah mula la kurangkan beli buku..daripada seminggu satu buku (kdg2 lebih!) kepada sebulan atau 2,3 bln sekali..

sekarang kita org jadikan rutin sebln sekali at least ke MPH atau POPULAR atau NOVEL HUT atau mana2 kedai buku laa..kalo sempat bawak anak2 sekali..kalo tak sempat belikan la DAMIYA dan DANISH apa2 buku atau magazine lama..

alhamdulillah minat kami dah mula diturunkan kepada damiya..dia memang sayangkan buku..daripada kecik memang tak penah koyakkan buku atau magazine..pantang nampak buku mesti nak beli..buku crita/buku mewarna/buku aktiviti/magazine dan pape la yg dia rase minat..kdg2 sampai marah kat dia bila dia asik suruh bacakan buku..padahal masa tu dah pukul 12.30 malam! Danish pun dah mula minat jugak, daripada asik koyakkan buku, dah mula pandai buka perlahan2..kalo nak nenen, dah bole kita cakap "kalo nak nenen, go n take your book" ..terkedek2 la dia amik pape buku atau kdg pamplete tesco asalkan berupa kertas..

semoga budaya cintakan ilmu ini akan berterusan dlm family kami..apa yg aku bole katakan membaca ni memang hobi yg paling miracle!! dengan membaca kita dapat "melancong" ke tempat lain..dgn membaca kita dapat kenal budaya org lain..dgn membaca kita akan tahu tentang sesuatu tanpa perlu membayarnye (kecuali harga buku laa..)

"YA, ALLAH YA TUHANKU, KAYAKAN LAH AKU DENGAN ILMU, HIASKAN LAH DIRIKU DENGAN KETENANAGAN JIWA, DAN MULIAKAN LAH DIRIKU DENGAN TAQWA DAN ELOKKANLAH DIRIKU DENGAN 'AFIAT" ~doa menuntut ilmu~

Tiada ulasan: