Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

13 Mei 2010

Salam dari paediatric ward..hospital batu gajah..

Smlm damiya admited..dah lamaaaa..sgt damiya tak kene attack serius mcm nie..smlm mama sedih sgt..tapi alhamdulillah berkat doa dan semangat dari kwn2 arini mama ok sket..damiya pun tgh main2 dgn kwn baru damiya tgh mama tulis entry ni..
dah 2 ari mama tak jumpa danish :( :( :(  smlm ingat nak jenguk tapi mama takut mama yg meraung masa nak tinggal kan danish nanti..mlm tadi danish tido dgn babah..ptg ni ingat nak bawak danish tgk kakak damiya kat ward..
smlm masa mula2 damiya masuk ward..termenung mama sorang2..anak org lain kalo batuk dan selsema tu normal..anak mama ni kalo batuk dan selsema maka akan bermula la episod asma nye..bergenang air mata bila teringatkan damiya menangis masa nurse cucuk tgn damiya nak amik darah..damiya nangis mama pun nangis..kalo ikutkan sejarahnye..dah 4 kali mama temankan damiya masuk ward:

1st time: masa neonatal jaundice kat hospital tg. karang (4 ari 3 mlm)
2nd time: masa mama baru seminggu naik keje pas bersalinkan danish-athmatic for the 1 st time (4 ari 3 mlm)
3rd time: 3,4 bln lps tu also with the same athmatic case (3 ari 2 mlm)
4th time: masa ni la..arap2 esok dah bole discharge..

cian babah kene postponed lagi BTN...
rindu dgn danish usah cakap..2 ari mama tak jumpa dan peluk danish..sambil2 tulis ni pun menitis air mata mama..ptg ni tak tahan!! nak jumpa danish jugak..cepat la sembuh damiya hannani..bole main2 dgn danish..tadi sms dgn along..lega dgn nasihat along..luahan yg tak pernah mama luahkan dgn sesiapa pun..doakan aku kuat long!!!

"ya allah..berikan kesihatan yang baik kpd anak2 serta suami ku..sihatkan anak yg ku kandung ini..smoga hatinya kuat..sekuat ujian2 yg melanda mamanya.."

14 April 2010

Syukur Atas NikmatMU Ya Allah...

Alhamdulillah..diberi peluang oleh allah swt utk menikmati kehidupan dalam iman dan islam sehingga ke umur 31 ini..dgn kehidupan yang bahagia bersama suami tercinta dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata..alhamdulillah..

Sehari sblm beeday mama..kiteorg buat modul pertama utk Damiya beli present for besday mama..babah buat "pakatan rahsia" kononnya bawak damiya turun gi kedai pilih present utk mama..disebabkan besday babah plak ari khamis ni..so plannya lepas damiya buat pakatan rahsia yang tak berapa rahsia tu dia kene buat pakatan rahsia dgn mama plak utk beli hadiah babah..pening gak tgk damiya diaaam je sepanjang perjalanan bila di tanya "kita nak pegi mana ni damiya?" dia akan jawab "syy..diam la..ni rahsia tau.."...

sampai2 je kedai souvenir tu damiya turun pilih present utk mama dgn babah dulu..punya lama..dah tau dah mesti dia rambang mata dah dekat 25 minit baru settle kot..tgk2 dan ada present berbalut atas counter tu..sampai sekarang mama still belum tau apa yg damiya pilih "utk mama" tu..mesti pilih yg dia bole main la kot..hehe..mlm ni baru damiya nak "buat surprise" kat mama..

pastu turn kita plak pilih present utk besday babah on this coming 15..kejap2 damiya nak anak patung..kejap2 nak souvenir yg ada bunga rose for babah?? sume mama reject.."tak mo la bagi yg camni utk babah..."..tapi takpela..asalkan damiya yg pilihkan..at last damiya pilih souvenir motor hiasan buat dari kayu..cantik gak..at least better la dari bunga rose tu..cian anak mama..:D..

disamping present mama dan babah tu..damiya pun pilih gak brg2 utk damiya..bekas cover tisu ada gambar teddy bear, sikat gambar pooh, dan CROWN!! hehe..tak sangka gak damiya nak crown tu..damiya kata "nak jugak..cantik..nak buat pakai kat rumah je.." nasib baik harga dia rm2.00 je..  

ini la present kita yang kita yang dah siap balut..alamat nape senget?? huhu..mama dah try reload la..tapi tak mau..dia tetap kuar yg ni jugak..takpela..

Pada besday mama yang ke 31 arini mama pun nak post something yg sgt mama hargai dlm blog ni utk tatapan anak2 mama kelak..takut2 besday tahun depan tak sempat sambut lak..so mama amik kesempatan takde kelas arini utk buat entry yg agak panjang kali ni..

Actually ni adalah sajak yang diberikan oleh babah sempena besday mama yg ke-23 pada 8 thn yg lalu..masa tu mama dah nak balik tg. karang setelah abis anta projek paper thn akhir..maknanya masa tu mmg dah nak tinggalkan UPM terus la..lepas baca sajak ni mama terus nangis sampai menitik2 air mata mama kat kertas sajak tu..babah ni antara org tak pandai atau malu sebenarnya menunjukkan kasih sayang kepada mama sebelum apa2 ikatan yang sah..bagi babah "selagi kita belum ada apa2 ikatan yang sah, saya akan menjaga awak dan hubungan kita ini mengikut landasan yang betul"...ternyata mmg babah sgt berpegang dgn kata2 dia..bila mama dan sah menjadi isteri babah yang sah..alhamdulillah..tiada kesyukuran dan kebahagiaan yang mama rasakan selain dari bergelar isteri kepada Shairiman Hj. Badzri..cara babah menjaga kita dan perhatian yang babah tumpukan kepada mama dan anak-anak tidak dapat dipertikaikan lagi...smoga allah mengurniakan kita sekeluarga kebahagiaan di dunia dan seterusnya di akhirat..doakan mama dan babah akan bercinta hingga ke syurga...amiiinnn...

-----------------------sajak tu akan diupload kemudian..ada masalah ngan scanner nih..------------------


08 April 2010

macam..macam..macam..

salam satu malaysia :D...
dah sebln tak update blog..ni baru ada kesempatan nak jenguk..baru lepas settlekan markah utk mid term..bebas jap daripada marking papers dan assignments..banyak perkembangan yang nak diceritakan..termasuk perutku yang tak brape nak kembang ni pun...

Damiya Hannani
Lately ni kurang merengek dan buat hal..may be sebab mama dan babah buat pendekatan baru kot..kalo dia dah menunjukkan tanda2 notty, mama dan babah akan tanya "damiya nak mama/babah cakap elok2 ke garang2???" of course dia akan pilih cakap elok2..so bila mama cakap elok2..dah dia terikat utk buat pape yg mama/babah suruh buat..

2,3 minggu ni damiya suka sgt buat kad hari ibu/atau hari bapa/atau "hari adik" utk diberi pada mama/babah/danish..abis kertas A4 babah damiya conteng kaler2 dan lukis2..tapi takpe..mama suka sgt bila dapat "kad hari ibu" tu walaupun satu hari dapat sampai 5 kad hari ibu..babah pun sronok..cuma danish jela akan buang buat tak tau kalo damiya bagi "kad hari adik" kat danish..takpe dia kecik lagi..nanti dia akan balas "kad hari kakak" dgn damiya ye sayang..

2,3 ari ni asma damiya menyerang semula..cian anak mama :(..walaupun minor je..tapi cukup utk buat mama dan babah gelisah..kene start puff balik inhaler damiya utk certain duration sampai recover smula..cepat la sembuh ye sayang..

Danish Husainy
2 malam lepas mama dapat rasekan "nikmat tido" mcm time anak2 dara dulu sebab danish tak bgn langsung utk nenen..mama tak pasti sama ada mama tido mati lena sgt atau mmg danish tak bgn langsung..tapi rasenye mmg danish tak bgn langsung sebab dah bertahun tlinga mama ni ditrain dgn rengekan anak2..tak kan le tak sedar langsung kan..mungkin kah petanda danish nak cerai nenen dari mama?...huhu..rase sedih plak..sebab bila kandungan dah masuk trimester 2 ni mama rase ok je plak time nenenkan danish..takde rase menggigil atau seram sejuk..cuma cepat rasa lapar jela..sebab tu la ada org steady je nyusukan anak sampai saat nak bersalin kot kan?...danish dah touch 20 months..dah banyak jugak vocab danish walaupun pelat..yg satu suku kata dah pass..cuma yg 2 suku kata je banyak tak lepas lagi..for eg. babbit (rabbit), babut (rambut), nangan (tangan), uupah (opah), tatak (kakak) ..sebut nama sendri pun "nanish"..tak pe kita belajar sket2 ok..

danish pun minggu lps tetiba menerima "kehadiran" FM dgn tiba2 mintak "nak yuyu"..slalunya danish jadik tukang anta "yuyu" je kat kakak damiya..agaknya danish tak tahan tgk kakak minum susu tu kan..so danish pun mintak..jadik la..kdg abis 2-3oz..daripada takde langsung..mlm tadi danish nenen sakan, may be lepas gian kot..mama pun tak ready nak putus nenen dgn danish..takpe danish nenen jela selagi ada rezki danish ek sayang..

Baby..
Alhamdulillah..mama dah 17 minggu..makin bertenaga..cuma cepat mengah tu standard la kan..size tummy cam biasa..mmg tak nampak pun..student berkerut2 dahi bila cakap "sorry ye saya ngaja duduk je ni..tgh2 berbadan dua ni saya mmg tak larat" agak nye diorg kata puan fara ni menipu ke bia betul..tapi student2 final sem yg penah tgk puan fara ni ngandung sblm ni..mmg tak heran le..lagi seminggu nak bersalin baru nampak mcm ngandung :)

3rd pregnancy ni, mmg cepat terasa gerakan..seawal 16 minggu dah terasa quickening..check up baru ni..siap baby tendang lagi alat scanner doktor tu..tak nampak lagi gendernye...babah kata boy..kakak damiya nak girl..mama punye instinct blom ada sign lagi..tak kesah le boy ke girl yg penting anak mama sihat dan sempurna..

ya allah peliharalah kesejahteraan anak-anak dan keluargaku..smoga kami sentiasa dalam rahmat dan lindunganMu..aminn..

23 Februari 2010

Penyakit Berjangkit di Ofis??

Lately ni ofisku diserang satu wabak..wabak ni berjangkit..daripada seorang kepada seorang yg lain..melalui apa???? bukan melalui sentuhan..bukan melalui udara..tapi melalui satu "aura"..aku pun terkena jangkitan tersebut walaupun pernah terjangkit gak sebelum ni..tapi jangkitan dan jumlah yg individu yg terkena kali ni semakin bertambah..dari satu minggu ke satu minggu....

Penyakit berjangkit ni menyebabkan individu yg terkena akan tidak selera makan dan muntah-muntah..ada juga di kalangan individu yg terkena penyakit ni menyebarkan simptom muntah-muntah dan demam kepada suami mereka!!! Penyakit ini akan menyebabkan si pengidap terpaksa meninggalkan ofis pada suatu jangkamasa yg lama untuk sesi pemulihan..tempoh pemulihan tersebut akan dilalui setelah si pengidap mengidap penyakit berjangkit ini dalam 40minggu...IIIINI SERIUSSSS.....(dalam nada ming-ming Wonder Pet)..

Bermula dari Januari-February 2010 ini sahaja..4 org telah melalui sesi pemulihan yg dilalui selama 60 hari tersebut..kelas dan subjek terpaksa diganti oleh rakan-rakan pensyarah yg lain...student seakan terumbang- ambing bertukar pensyarah..rakan-rakan akan kekurangan geng breakfast dan lunch dari sehari ke sehari...ha...ini isu yang paling serius!!! Macam mana nak pegi makan kalo geng makan takde????

Walau bagaimanapun keseriusan dan kerisauan tentang penyakit ini hanya wujud dikalangan pihak pengurusan yg bertanggungjawab menyelaras pensyarah-pensyarah di sepanjang tempoh pemulihan yang agak lama tersebut....individu yang dijangkiti penyakit ini dikhabarkan tidak risau..malah gembira dan ada juga dikalangan yang masih belum dijangkiti berharap agar mereka dijangkiti!!!!!

Dijangkakan sehingga kini seramai 5 org lagi termasuk aku telah dijangkiti..dan bakal melalui tempoh pemulihan 60 hari tersebut sekitar bulan Ogos-Oktober..ada yang dah diketahui umum akan jangkitan tersebut..dan ada juga yang masih berahsia di atas beberapa sebab (seperti baru sahaja pulih dari penyakit ini tahun lepas tapi menjangkit lagi tahun ni..atau sebab memang menunggu dlm tempoh yg agak lama dan terlalu berharap agar dijangkiti penyakit ini)....dan dijangkakan akan ada lagi yang bakal dijangkiti  menjelang ujung tahun..masih ada lagi ruang kosong pada bulan November dan Disember...sila amik nombor ye...

CEO kami bakal mendapat +- sedozen anak angkat tahun 2010 ini..

Sungguh subur bumi ITPku ini...lalalalala...

08 Februari 2010

Permintaan seorang mama plak...

Salam ari isnin..
Ujung minggu ni, ari sabtu nak balik tg. karang...bestnye!!!! last skali balik aritu time krismas..aritu tok mak damiya cakap dgn damiya dlm tepon "damiya nak balik kmpg hari raya cina ni..ye?" damiya kata "eh tok mak.. mana bole kita sambut raya cina ??!!..kita kan org isylam.." gelak beso je tok mak nye..
balik kmpg ni ada beberapa list of menu dah ku bgtau mak..rase tingin nak makan benda-benda ni:
Pertama: murtabak singapore

 
mujur ler org johor pun nak balik raya cina ni..kenala abg n kakak iparku bawakkan siap-siap..murtabak ni ada kat JB je..bole frozenkan..memang sedap sgt..daging dia "idup-idup" jer :). dengar citer kalo nak beli murtabak ni kena beratur berjam2..biasanya org call dulu..pastu dtg amik jer...harga RM5 ke atas..En. Suami pun tompang ngidam gak murtabak ni "pesan dengan mak..soh diorg bli banyak sket..abg pun tingin.." terpaksa la bersaing nanti hehe..dia pun ngidam gak..

Kedua: Meehoon Goreng Mak/Abah
Ni memang nak mak atau abah je yg masak..sebab nak yg kaler orange..setakat ni kalo tgk mihun goreng kat kedai mesti kaler itam..nak yg kaler orange je :P seperti biasa tanak togey ye..

Ketiga: Karipap Mak
Huhu..tingin sgt..si aizat pun cuti dari kerjaya kesayangannya selaku penjaga butik kak gee sementara tunggu posting nih..bole la dia tolong mak skali..ni aku kene turun padang skali la..buat banyak2 trus..

Keempat: Kueh Cara Berlauk
Ni ingat nak buat dengan aizat..bersama pemantauan mak...kueh cara berlauk ni biasa mak buat kaler kuning sket..makan time panas-panas...huuuuu..sudah kecur air liur ku..

Kelima: Nasi Ayam Kak Anis (Optional)
Ni kalo sempat..kalo kakak iparku itu ada masa la..takut dia balik kmpg dia lama ke..tak yah pun takpe..bole di adjust ngidam ku ini..

Tak saba nak balik kampung..tak saba nak makan..makan..makan..sekarang ni jenuh mereka-reka apala yg nak makan..tiap2 ari soalan yg "takut" nak dgr dari mulut en.suami "arini nak makan apa?"...jgn ditanya..huhuhu..tak tau la nak makan apa...sume tak selera..lagi2 malam...
jangan mcm time pregnant damiya dulu dah la..tingin sgt nasi goreng ikan masin..baru bawak masuk bungkusan dalam kete je dah terkeluar balik sume isi perutku...insya allah tak kot..
"Ya allah berkatilah rezki yg masuk ke perutku ya allah..semoga dengannya akan membentuk darah daging anak yg ku kandung dengan sempurna dan penuh barakah...."

02 Februari 2010

Permintaan seorang anak..

Suatu hari sedang seorang anak bermain dengan adiknye...tetiba terpacul sebuah soalan dari mulut comelnye..

Anak: " ..mama..sebelum mama lahirkan damiya mama kawin dengan babah dulu kan.."
Mama: "iye.." jawab si mama ringkas
Anak: "untuk lahirkan damiya mama kawin pakai baju yg merun tu kan..utk lahirkan danish mama kawin pakai baju ijau yg dlm almari tu kan.." baju maroon kenduri sebelah tg.karang..baju turqoise sebelah bt.gajah..
Mama: "iye.." mama jawab ringkas lagi sebab tak larat nak cakap banyak..
Anak: "haa..sebelum lahirkan baby baru ni mama kene la kawin lagi!!!!"..cadang si anak dengan excited..dengan harapan cadangan nye akan dipuji dan diterima..
Mama: "ha!!!???.." terkejut si mama.."emmm nanti mama fikirkan.."..dengan harapan jawapannya akan membuatkan si anak diam..
Anak:" mana boleh!! kene kawin la jugak!!!!" bentak si anak dengan muka yg tak puas hati...
Mama: "haa...nanti mama tanya babah bole tak mama dan babah kawin lagi.." kata si mama dengan rase gelihati..
Anak: "haa..boleh la damiya dan danish datang kalo mama dan babah kawin nanti!!"..kata si anak dengan muka yg kembali ceria dan excited..mungkin mengenangkan betapa seronoknye majlis perkahwinan tu nanti seperti mana yg dia tgk dalam promo nona yg dia tgk sebelum tu....




huhuhuhu....anakku....
patut la pasangan cina ramai yg tangkap gambar kawin sekali lagi lepas anak 2@3 org..mungkin utk memenuhi permintaan si anak yg mcm ni...
arap2 tak berbangkit la soalan ni lain kali...

27 Januari 2010

Baby..kakak..dan abang

Arini MC..doktor suruh rehat, smlm balik awal..tekanan darah slightly low..doktor suruh jaga makan dan nutrien dlm badan sbb still nyusu..Dr. Raoofah kata takpe kalo just nyusu malam..tapi weekend camne? huhuhu..
alhamdulillah kandungan dah 7 weeks++..dah nampak heartbeat..kesian je tgk dia..menumpang dalam rahim mama..dengan penuh harapan..yeah baby..everybody is waiting for you especially kakak damiya yg asik cakap dgn baby menerusi talian thru pusat mama yg kakak damiya kata 'tmpat cakap dgn baby tu' walaupun perut mama leper lagi..

nampak tak gambar baby kat tgh2 tu? tak reti nak buat arrow laa..(sila abaikan ujung gambar yg agak terkelepett..terlipat dlm walletku)

Alhamdulillah mlm dah kurang rase seram sejuk..cuma rase penaaaat sgt bila tiba waktu ptg..kelas dah mula..dengan 5 subjek 16 kredit hour rasenya tak la teruk sgt..tapi badan tgh tak larat ni..memang rase penat bebeno..pas maghrib biasanya tido lama kejap sampai kul 10 lebih kdg2 kul 12 baru terjaga carik makanan...waktu aku pengsan tido tu en.suami la yg melayan 2 org budak tu..kemas meinan..basuh pinggan..basuh dan lipat baju..bagi makan danish sampai kenyang..tak la mlm nanti dia dok nenen jer..layan damiya dgn 'homework'nye..(thank you abang..doakan fara cpt recover ye!) kdg2 tgk terlentok dia kat krusi..huhuhu..ciannye dah la seharian kat skolah..(skola pagi tapi balik ngalahkah cekgu ptg)..ya allah berilah kekuatan kepada ku..dan pulih kembali dari alahan ni..cepat la trimester kedua tiba!!

Smlm balik awal, dapat la tido dulu sblm amik bdk2 berdua tu..so mlm tadi seronok dapat melayan bdk2 berdua tu..dah lama tak melayan diorang..biakan babah dia rehat dan tido awal..

kakak dan abang yg tgh bizi..


 Danish Husainy yg tekun menconteng cadar mewarna buku



Damiya Hannani yg left and right handed hand..kalo penat tgn kanan tuka buat dgn tgn kiri..tapi most of the time tgn kiri..

Doakan mama cepat recover..bole layan u all main dan 'buat homework'..miss a lot this moment..love u all sooo much!!..rindunye dgn anak2 ku yg kat umah makcik ani.!!!!.kene hantar gak walaupun mama MC..takut tak dpt rehat..

18 Januari 2010

Kene tikam? aduss...

Weekend kali ni rasa pendek..sbb danish just buat peel ari ahad jer..itu pun dah ptg baru dia merengek dan nak nenen jer..sepanjang sabtu dia mcm "lupa" kat nenen..tak mintak pun..may be sebab gi jalan2 kot..gi ofis mama, tgk Hari ICT kat ofis mama..kul satu baru kite org sampai..bole la gi jalan2 carik makan...
emm bercakap ttg ari ICt..ada satu peristiwa dah terjadi ttg hari ICT kat ofis aku ni..just luahan hati..arap2 perkara ni tak kan berulang lagi..

setelah aku 'pencen' menjadi MC rasmi majlis2 ofis (hanya jadik MC utk event besar such as convo, lawatan YM Raja Eleena atau VVIP yg lain)..ramai la adik2 junior menjadi mangsa pengganti utk jadik MC..terutama majlis2 dalaman dan tak libatkan VVIP..pun begitu..text MC aku jugak la yg diorang "cut n paste" utk diguna pakai..itu tak jadik masalah..memudahkan kerja2 adik2 ni..lagipun aku "yakin" yg text aku ni betul flownye..so adik2 just follow jela flow yg akak dah buat ni..

Pagi ni aku di tanya dek Pn.Academic Secretary ..berikut adalah dialog antara aku dan Pn. Academic Secretary..
Pn. A.S: "ada ke j** (hamba allah yg prepare text MC) tu dtg jumpa fara sblm majlis?" 
Aku:  "ada..jumpa tunjuk laptop utk betulkan satu@ 2 ayat yg dia tak sure"..
Pn. A.S: "dia ada tunjuk text keseluruhan @ tentatif majlis?"
Aku: "Takde plak.." dlm ati dah terasa ni mesti kes majlis kelam kabut smlm..
Pn.A.S: "emm..bkn apa j** ni bgtau saya yg dia dah refer kak fara dan kak fara kata camtu la flow nye.."
Aku: "isk...tak pun puan..kalo saya yg check tak kan saya letak ucapan perasmi sebelum ucapan CEO..mcm smlm"
Pn. A.S: " saya pun dah terasa, mesti dia tak refer u sbb, saya terfikir takkan la dah bertahun jadik MC u buat tentatif camtu"..
Aku:" yeke dia ckp camtu?..saya tanya dia ptg sabtu sblm balik tu..ok ke majlis? (just menunjukkan concern sebagai seorang senior kpd juniornye..) dia ngaku dia tersilap protokol..tapi tak la saya tanya detail nape..(iyela bukan majlis kita pun nak sibuk2..kata aku dlm ati..) alih2 pagi ni saya dgr dari puan..dia tala ke saya pulak..(sedih tapi redha..) takpela puan..may be dia terlalu takut sgt..tak tau nak hala ke mana..last2 nama kak fara gak yg kuar...

Geram gak..tapi aku redha je..alhamdulillah nama aku bersih sbb Pn. Aca. Secretary tu nak dptkan info yg betul..kalo dia telan jer bulat2..musti dia kata "apa la nak jadik si fara ni..tak tua2 senior pun tak reti2 lagi benda ni!!"..
aku andaikan dia tak refer pada text asal yg aku buat..tapi refer pada text dia sendiri (utk majlis2 sblm tu..)...so jadik la text 'keramat' tu...
kpd hamba allah terbabit..kak fara tak marah..cuma kak fara nak kene jumpa awak gak esok (arini awak EL) utk clearkan benda ni sblm meeting post mortem korang..please jgn kaitkan nama kak fara..kak fara ngaku kalo awak letakkan text MC tu utk kak fara semak TAPI kak fara tak semak@tak sempat semak, bule la awak tala salah tu kat kak fara..tapi kalo setakat tanya kak fara ttg ayat yg betul tu jgn la kata "kak fara dah semak sblm ni...dan kata ok jer"...adusss..sakit kene tikam camtu tau :(

Aku redha..may be allah nak uji aku melatah ke tak..gi serang budak tu ke? isk..aku bkn camtu la..tapi aku kene jumpa gak bdk ni cakap elok2..takut2 dia plak yg melatah dlm meeting post mortem nanti..emm ini la reality organizational behavior...adik2..jgn suka-suka buat camni lagi..kalo salah sendiri kene la ngaku..CEO tu bkn makan org..cuma akan ngamuk je tp itula yg kita kena hadapi bila dah buat salah..BELAJAR BERDEPAN DENGAN KESILAPAN SENDIRI...

12 Januari 2010

Suara Hati ku..

Buat Princess mama... Damiya Hannani..

senyumanmu penawar duka mama n babah
terima kasih sayang sebab pada umur +- 3 tahun 8 bln damiya dah jadik anak yg matang..kakak yg baik dan penyayang..walaupun kadang terlebih penyayang sampai nak dukong danish sampai terjatuh..tapi mama tak marah sbb damiya dah minta maaf...terima kasih walaupun damiya tak tahu apa-apa kecik lagi..masa mama terkejut dgn berita gembira tentang kehadiran adik baru ni, damiya yakinkan mama dgn menjawab "alaa..tak pe mama..jgn risau..nanti damiya pegang tgn danish..babah pegang tgn damiya..mama pegang la baby tu..takpe.."..ternyata damiya tak memeningkan kepala mama di saat mama perlu bg attention kat danish sekarang ni..

cuma kdg2 damiya tak berapa dengar cakap mama..terutama bila ada cousin ramai2..damiya dah lupakan pesanan mama..damiya lambat buka baju bila mama ajak wash..alasan damiya "kan damiya sibuk main ni mama..mama sabar la ok.."..Stakat ni banyak perkara yg mama lega dengan damiya.. Hobi damiya tgk playhouse disney channel yg berulang2 tu setakat ni terpaksa mama biarkan..damiya dah bole baca tgk buku dan "baca" dgn cara damiya tanpa mengharap perhatian mama..damiya dah boley main puzzle sorang2 tanpa suruh mama tgk tiap kali puzzle tu di masukkan ke tempat yg betul..damiya dah bole sabar bila mama atau babah lambat buat susu yg damiya minta..paling penting..damiya dan bole makan sikit sejak damiya muntah bila makan terrrlalu banyak kat umah tok abah aritu...dan paaaaling lega..dah lama mama tak puff inhaler asma damiya..Dr. Jasmine kata, damiya banyak improve..dan tak dgr whizzing langsung kat dada damiya..terima kasih sayang..kerana matang apabila tiba waktunya..nanti mama dah ok sket ..dlm trimester kedua nanti..mama ganti balik waktu yg kita tertinggal ok..

Hero mama Danish Husainy...

seronoknya mama tgk danish gelak-gelak gumbira kat play ground walaupun tak mandi..
mama tau mama terlalu mengharap..danish faham keadaan mama..tapi pada umur setahun 5 bln mana la danish nak paham keadaan mama..walaupun mama kurang diserang muntah2 kali ni..tapi mama diserang alahan lain pulak: demam menjelang malam...bila malam badan mama akan panas sket dan rase seram sejuk..mama faham, sebelum ni bila mama balik jer terus mama nenenkan dan baring2 dgn danish..tp sekarang ni mama rasa nak pitam tiap kali nenenkan danish..cuma mama dapat satu formula utk tanak rasa nak pitam ialah dengan makan dulu sblm balik..dan sebelum tido..baru la mama rasa ok kalo nenenkan danish..insya allah mama akan nenenkan danish lagi..cuma mama minta maaf terpaksa gantikan susu yg mama anta ke umah mak ani dgn fresh milk..danish pun suka jugak fresh milk kan..lagi2 bila minum dgn straw kan...

gembira slalu camni la sayang..jgn la asik nangis jer...
cuma satu je yg mama arapkan..danish jgn terlalu sensitif..danish kuat merajuk bila apa yg danish nak mama lambat bagi..danish cuma cakap "naakkk.." tapi mama tak tahu apa yg danish nak sebenarnya..tunjuk nasi tanak..tunjuk roti tanak..tunjuk air tanak..bagi nenen tanak..bwk tgk cat tanak..danish mengamuk melenting-lentingkan badan..mama tak larat nak marah pujuk danish..kadang2 terpaksa mama suruh kakak damiya buat lawak lompat2..cak2 damiya..kadang2 menjadi..kadang tak..kakak pun tak larat nak pujuk danish..babah, opah, mak ngah pun surrender kalo danish ngamuk..

..tapi mama heran.. bila dgn babah time mama meeting kat UTMKL aritu..danish baik sgt plak..hampir setengah ari mama takde danish ok sgt..nampak je mama danish terus ngamuk balik..mak ani pun kata danish good boy sgt..nak tido lagi senang..tgh main2..letak kepala kat lantai pun bole tertido..tapi dengan mama danish akan ngamuk sblm tido..dah sejam nenen pun tak puas2 lagi...walaupun sblm tu mama dah suapkan danish kenyang2...danish marah dengan mama ke? huhuhu..

mama arap danish cepat ok..tapi mama preparekan mind mama utk danish akan berkeadaan gini sampai baby kuar..cepatla besar sayang...

Baby dalam "perut" mama..
maafkan mama kalo mama secara tak sengaja tak menjaga pemakanan mama sebelum kehadiran baby..maafkan mama sebab mama tak manja-manja badan mama mcm time mam pregnant kakak damiya dulu..maafkan mama kalo mama terpaksa dukong abg danish time babah pegi show atau kelas membuatkan baby rase tak selesa..maafkan mama kalo mama terpaksa mentidakseimbangkan hormon mama dengan masih lagi mengekalkan hormon prolaktin dlm badan mama sebab still susukan abg danish...maafkan mama kalo mama agak terkejut dgn kehadiran baby..tapi mama sronok dan redha..insyaallah..kalo allah izinkan mama akan dapat baby pada umur 31..pada umur 31 mama dah ada 3 anak insya allah..kalo allah izinkan..

jauh disudut ati mama..mama tau baby anak yg kuat..walaupun mama nenenkan abg danish..baby tak "sakit" mcm perut mama sakit time nenenkan kakak damiya dulu..mama tahu baby seakan izinkan mama terus nenenkan abg..insyallah kalo allah izinkan baby akan jadik anak mama yg paling lama nenen!!

ANAK-ANAKKU..maafkan mama kalo mama tak dapat jadik mama yg sempurna..mama berusaha ke arah itu..tapi badan mama mcm disedut tenaga nya..memang tak larat..terima kasih sebab u all memahami (dengan cara masing2) keadaan mama...doakan mama kuat ye!!

07 Januari 2010

pening..letih..penat..rupanye????....

lately ni rase badan berat sgt..pening kepala dan cepat letih..padahal class blom start..agaknya cuaca panas sgt kat luar..tapi dok dlm aircond..????? tgk2 date..eh aku ni dah lewat 3 ari la rupanya...turun bwh ofis jap  gi guardian beli UPT..

check2 pagi tadi...............2 line!!! isk..terkejutnye!! allahu akbar!..ini la yg di namakan silap ari bulan..hehehe..rasenye aritu bkn masa subur pun :P...nampak sgt la kita manusia ni hanya mampu merancang...tapi perancangan allah lebih sempurna..

tadi pegi klinik check and scan..bukannya apa..sebab aku dah bantai makan mcm-mcm 2,3 ari ni..gi gerai buah..nenas manis kesukaan aku yg aku sambar..mkn lauk lada itam bagai..ya ampun..kalo mama tau..mama tak mkn tau.. baby kesian anak mama :(

alhamdulillah kandungan terlalu baru berputik..4 minggu 3 ari..saat artikel ni di tulis hanya 2,3 rakan2 ofis jer yg tau..tok mak dgn opah pun baru nak bgtau mlm ni..patut la Danish Husainy mengamuk je minggu lps..dia dpt rasakan rupanya....
En.suami terkejut+redha jela.."alhamdulillah..bertambah lagi sorang bakal family kita"

mcm2 rase perasaan..bercampo baur..yang paling ketara perasaan tergezut terkejut masih blom ilang..perasaan sedih,kesian dan risau perlu ditolak jauh2 ..takde apa yg nak dirisaukan..allah maha mengetahui apa yg DIA rancangkan..Danish pun dah genap setahun 5 bln arini..Damiya baru je minggu lps cakap.."damiya takde adik girl mama..bila allah nak bagi adik dlm perut mama"..mama cakap "tunggu la damiya 5 thn nanti..pastu damiya doa ok.."..rupanya allah maha mendengar doa seorang kakak...doa anak kecik takde hijab!! terus sampai ke langit!! cuma tak tau lagi girl ke boy la sayangku damiya... ya allah..smoga kandunganku kali ini dipermudahkan...dan aku terusss kuat..keadaan tak seteruk mana wahai Farazehan..ada yg setahun sorang anak lagi..rileks je..ni kan plak 2 thn sorang..kene la laagi rileksss...

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

04 Januari 2010

welcome new yearsss..

Selamat datang tahun-tahun baru..1431H dan 2010...semoga tahun2 baru ini akan memberi kecerian dan keberkatan yg berpanjangan buat kita semua..alhamdulillah kedatangan tahun baru dibuka dengan pembelian aset terbesar kami..BAITI JANNATI...rumah kami yg terletak di BANDAR SERI BOTANI, Ipoh Perak ni baru je siap pembinaan nya..rumah yang comel lagi cute ni amat memberi makna buat kami..walaupun kitorg tak duduk sini dalam masa2 terdekat ni nanti..tapi at least we got something for ourselves..something for us to create our aspirations and inspiration..sesuai dgn statusnya sebagai istana umah hinggap di ujung minggu so saiz nye memang la comel..so let's take a look gambar rumah kami rumah contoh yg akan jadi aspirasi kami utk mendecoratekan nye nanti...menurut en.suami konsep yg bakal diaplikasikan kat umah ni nanti modern classic..so saya hanya mengikut dan menokok tambah mana yg berkenaan sahaja...so check it out..


ni dpn umah kami contoh..umah kami intermediate..so logiknya yg belah kiri tula..


ni living room..minta jgn tertipu..sekali lagi diingatkan ini adalah rumah contoh...decoration umah kami masih dalam pembinaan perancangan



kitchen yg comel dan simple..sesuai utk aku yg comel suka masak simple2 :)


master bedroom..maybe featured wall tu kitorg buat kaler purple gak..tapi darker sket..



one of the bedrooms (for rooms all together)..kat sini maybe featured wall  nak kaler orange...

Tiap kali lalu sini..damiya akan kata.."ha inila rumah contoh.."...En.suami pulak sangat excited..membelek magazine impiana dan apartment....so sekarang ni kami still dalam perancangan mana2 yg patut seperti pecah renovate dapur atau living..atau porch..atau..membiarkannya dalam keadaan sedia ada untuk sementara waktu..syukur alhamdulillah ya allah..Kau mudahkan perancangan kami setakat ini..mudahkan la perjalanan kami utk yg seterusnya... amin ya rabbal alamin...