Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

30 Oktober 2008

Semoga Damiya Cepat Sembuh

Pagi ini, Damiya sekali lagi terpaksa babah dan mamanya bawa ke hospital untuk neb. Kesian tengok anak babah. Tapi Damiya memang kuat dan tak menangis pun. Selepas itu, kami ke klinik pakar kanak-kanak untuk rawatan susulan. 3 minggu lepas, Damiya masuk wad. Dia ada tanda-tanda asma or lelah. Selepas itu, keadaan kembali ok. Cuma malam tadi saja dia nampak sedikit tercungap-cungap masa bercakap. Harap-harap Damiya cepat sembuh. Alhamdulillah, bab nak makan ubat, sekarang ni, ajak sekali je, Damiya pasti akan terus tunggu untuk disuap ubat ke mulutnya. Sayang anak babah. Danish pula... memanglah baby yang baik sekali. Jarang benar dia merengek dan menangis tak tentu pasal kecuali bila hendak menyusu. Setakat petang tadi, bila dihubungi pengasuh Damiya & Danish, alhamdulillah Damiya ok. Sedang main masak-masak.Anyway, sebagai ibu bapa, kita memang mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak kita, kan. Moga Allah merestui dan memakbulkan doa-doa kita, Amin.

29 Oktober 2008

Cahaya mata

Cahaya mata, itulah antara kurniaan paling berharga buat pasangan suami isteri. Syukur, saya dan isteri dikurniakan sepasang cahaya mata. Damiya Hannani (2 tahun 5 bulan) dan Danish Husainy (2 bulan), cahaya mata kami yang tersayang. Benarlah kata orang. Penat bagaimana sekalipun apabila pulang dari kerja, menatap dan melayan keletah anak-anak, hilang segala lelah. Gelak ketawa mereka bagaikan penawar segala-galanya. Begitulah agaknya ye, perasaan mak dan abah aku dahulu. Kasih sayang mereka kepada anak-anak memang tiada taranya. Kini, kami menggalas tugas yang sama. Persoalannya, mampukah kami mendidik anak-anak sebagaimana mak dan abah kami dahulu? Moga Allah senantiasa bersama kami di dalam perjalanan ini. Doa kami juga, moga anak-anak bakal membesar dan berjaya di dunia dan akhirat. permata hati ini senantiasa di doakan taat dan patuh pada perintah Ilahi dan rasul. Mama dan Babah sentiasa mendoakan kejayaan dan keredhaan Allah seiring dengan perjalanan anak-anak mama dan babah. Amin.

Salam

Assalamualaikum....
Hari ini secara rasminya, blog ini akanaktif menggantikan blog saya yang lalu. Blog ini bakal diisi dengan segala kisah dan pengalaman untuk dikongsi bersama. InsyaAllah, di alam maya ini, semoga akan wujud ukhwah antara kita semua.