Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

07 Ogos 2009

Alhamduillah..diizinkanNya sehingga setahun..



alhamdulillah..danish husainy turn to one..hari ini pada tahun 2008 yang lepas aku selamat melahirkan Danish pada jam 7.40pm dgn berat 3kg di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan Ipoh..semua kata nape tak besalin 080808..isk..ingat boley tahan-tahan ke? hehe...alhamdulillah pengalaman melahirkan danish dipermudahkanNYA..dan dengan izinNYA jua danish dapat fully breastfeed sehingga kini..walaupun dgn kais pagi makan pagi..kais ptg makan ptg..(pam pagi utk pagi..pam ptg utk ptg)..

smlm pun danish dah berjalan..ikut mamanya jenis berjalan awal :)..pandai cakap "dah.." (bila dah kenyang nenen) dan "nak..babah..kakak.." buat bunyi cat..tiger..tapi mama dok panggey "emmmaa.." lagi :)

smoga danish jadi anak yg soleh..membesar sbg anak yang sihat dan cergas..MAMA SAYANG DANISH SAMPAI LANGIT ANGKASA!!! (mcm kakak damiya cakap!)

bila tgk brita pasal penularan H1N1 ni buat aku emosi sgt..rasa nak balik umah..duduk umah dgn anak-anak..tanak gi mana2..nak peluk jer diaorang..

Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,
Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,
kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,
dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,
dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un danbala bencana,
dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam.

Amin.

Note:
Doa untuk Keselamatan dan Kesentosaan daripada segala penyakit
Caranya: Baca doa ini 3 kali pada setiap pagi dan petang.
Dipanjangkan dari Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan

Tiada ulasan: