Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

14 Disember 2009

Semoga bahagia milik kalian di syurga~Teh Afifah & Mohd. Ariff

Terkedu..mata terasa panas..begenang .. deraian air mata berjurai tanpa di pinta...
tak terungkap kata2 bila aku baca artikel ni..lagi2 bila tgk gambar ni...kita yang hanya membaca dan mengikuti cerita ni pun asik mengapu air mata dgn tisu..bagaimana pulak dgn perasaan empunya diri..bangun tidur mesti mengharapkan apa yg dilalui semalam hanya mimpi semata2..walaupun hakikatnya suami yg baru dinikahi telah pun dijemput oleh Ilahi..

kita hanya merancang..hanya ALLAH yg maha mengetahui atas segala perancanganNYA..
tabahlah wahai Teh Afifah..smoga bahagia menunggu kalian di syurga..al fatihah utk Allahyarham dan allahyarhamah yang telah dijemput terlebih dahulu oleh Ilahi~ Mohd. Ariff Abd. Kadir, bapanya Ab. Kadir Awang, dan ibunya, Apsah Othman, serta  Mohd. Farhan Musa..
Kita semua akan menyusul kemudian..dengan masa dan keadaan yang tidak diketahui...
Ya allah hidupkanlah kami dengan Iman..matikan lah kami dengan Iman....






Pengantin sempat kirim SMS terakhir

PADANG BESAR 12 Dis. - "Jangan terkejut tengok pakaian abang esok."

Gurauan itu dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Mohd. Ariff Abd. Kadir, 23, buat isterinya, Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid, 23, selepas mereka diijab kabul semalam.

Namun siapa pun tidak menyangka gurauan itu membawa makna serta kesan berpanjangan buat Teh Afifah.

Mohd. Ariff mengirimkan SMS tersebut sebelum pulang dari rumah isterinya selepas majlis akad nikah di Masjid Intan Safinaz, Anak Bukit di Alor Setar, Kedah, kira-kira pukul 10.45 pagi.

Perkara itu dinyatakan oleh abang Allahyarham Mohd. Ariff, Dr. Mohd. Hafiz, 26, ketika ditemui di rumah bapanya di Taman Melati Indah di sini hari ini.

"SMS tersebut dihantar selepas majlis akad nikah, iaitu sebelum kami balik ke Perlis. Dia menghantar SMS itu untuk memaklumkan bahawa pakaian yang akan dipakai ke majlis persandingan hari ini cantik dan tidak diketahui oleh Teh Afifah Syahirah.

"Namun lain pula yang berlaku dan kami menerima ketentuan Allah itu dengan reda," ujarnya.

Beliau juga menyatakan, kenduri kahwin yang dijadualkan di rumah mereka esok untuk kira-kira 1,500 jemputan juga telah ditukar kepada majlis tahlil.

"Esok kami hanya akan buat tahlil. Tetamu yang dijemput tentunya sedia maklum berhubung kemalangan seperti yang disiarkan oleh akhbar hari ini," ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang semalam, pengantin yang baru bergelar suami kira-kira tiga jam itu, maut bersama bapanya, Ab. Kadir Awang, 55, dan ibunya, Apsah Othman, 59, serta jurugambar pengantin, Mohd. Farhan Musa, 18.

Kejadian berlaku di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini, selepas kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu Ab. Kadir dari arah Kangar itu bertembung dengan bas pelancong.

Tragedi itu berlaku selepas keretanya terbabas akibat tayar meletup hingga memasuki laluan bertentangan.

Kereta tersebut yang dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Taman Melati Indah di sini, remuk hingga terperosok ke bawah bahagian hadapan bas.

Menurut Dr. Mohd. Hafiz, pasangan itu sepatutnya bersanding di rumah Teh Afifah Syahirah di Taman Berlian, Alor Setar hari ini, manakala kenduri menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pula esok.

Teh Afifah Syahirah penuntut tahun akhir pengajian kejuruteraan kimia di Auckland, New Zealand pulang ke tanah air untuk melangsungkan perkahwinan.

Mohd. Ariff pula yang baru menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di United Kingdom tahun ini akan melaporkan diri sebagai pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau di sini pada 16 Disember ini.

Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Darat, manakala Mohd. Farhan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Beseri, di sini malam tadi.

Tiada ulasan: