Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

28 Disember 2009

wedding anniversary lagi dan cuti-cuti malaysia







damiya bersama tokmak dan tok abah kt depan umah baru yg dah lama kata abah..bila tgk gambar ni..nampak sgt abahku itu dah tua..mak? sama je kot..tak banyak berubah.. bergambar dpn rumah.yang banyak menumpahkan airmata mak dan keringat abah..akhirnya dapat dimiliki selepas 33thn perkahwinan...

25 Disember yang lalu genaplah 35 tahun perkahwinan mak dan abah..nyata, tempoh tu bukan lah satu tempoh yg singkat..dan pastinya kita semua tak tahu..adakah tempoh tersebut akan bertambah atau hanya setakat tu..selalu sembang2 dgn ofismet yg masih ada kedua2 parent "ready tak kita utk kehilangan salah seorang daripada mak ayah kita?" :( :( :( tak terrrrjawab...ready atau tak kita tak tahu keje ALLAH..ntah2 kita yg pergi dulu...


dua insan yg tidak ternilai dgn apa sahaja di dunia ni.."ya allah kasihanilah kedua ibu bapa kami seperti mereka mengasihani kami semasa kecil..".......


AMINNN...kita tinggalkan mood syahdu dan sedih..arini aku baru keje setelah 10 ari bercuti..rase kejap sgt..tak puas main dgn anak2.."ala..mama cuti la sebelas nanti esok2..sebelas lebih banyak dari sepuloh kan.." kata damiya yg tgh galak explore ttg comparison..
Kesempatan cuti ni..akhirnya aku berjaya menghabiskan novel BILA CINTA BERTASBIH episod 1 & 2..di sambung plak dengan TUNGGU TEDUH DULU karya FAISAL TEHRANI..danish memberi kerjasama yg baik utk mama menghabiskan bacaan novelnye..bila nak nenen dia terus tarik novel mama..bukan buku cerita dia..

apa yg aku boleh kata ttg karya penulis muda ni? SUPERB!!! hebat sgt...dia boleh mendalami dan menjadi SALSABILA FAHIM walaupun dia lelaki..dan paling best, akhirnya aku pun mampu berjaya menghayati novel yg agak berat..tapi kata en.suami..ini la novel FAISAL TEHRANI yg paling ringan..huhuhu..ok la buat permulaan kan..hehe..

kalo ada masa aku nak sambung baca MANIKAM KALBU plak..kata en.suami..yg ni agak berat..tapi lagi best...ha! tgk nanti aku berjaya habiskan atau tak..minggu ni just internal audit jer..class start pun 15 JAN nanti...tunggu dan lihat..

Malam tadi danish jatuh..gigi dia berdarah :( sedih dan takut sgt masa tu..tak dan nak amik camera ke apa ke..abis baju aku kene darah dia..ingat kene kat bibir jer..rupanya blakang gigi kacip dia pun berdarah..sambil nangis cakap kat en.suami :( mumula ingat tanak bgtau nak handle sendiri kunon sbb dia tgh melayan damiya kat luar..dah 2,3 minit..darah tak mo brenti..nangis2 tunjuk kat dia.."laa..nape tak cakap" kata en.suami.."ingat tak teruk" kata aku..huhuhu..maafkan mama danish..kakak dulu tak penah berdarah2 camni..mama tgh kemas2 baju daripada beg balik kampung..tak prasan danish tgh main2 lompat2 tilam..alhamdulillah call makcik ani tadi dia ok..

Tiada ulasan: