23 Februari 2010

Penyakit Berjangkit di Ofis??

Lately ni ofisku diserang satu wabak..wabak ni berjangkit..daripada seorang kepada seorang yg lain..melalui apa???? bukan melalui sentuhan..bukan melalui udara..tapi melalui satu "aura"..aku pun terkena jangkitan tersebut walaupun pernah terjangkit gak sebelum ni..tapi jangkitan dan jumlah yg individu yg terkena kali ni semakin bertambah..dari satu minggu ke satu minggu....

Penyakit berjangkit ni menyebabkan individu yg terkena akan tidak selera makan dan muntah-muntah..ada juga di kalangan individu yg terkena penyakit ni menyebarkan simptom muntah-muntah dan demam kepada suami mereka!!! Penyakit ini akan menyebabkan si pengidap terpaksa meninggalkan ofis pada suatu jangkamasa yg lama untuk sesi pemulihan..tempoh pemulihan tersebut akan dilalui setelah si pengidap mengidap penyakit berjangkit ini dalam 40minggu...IIIINI SERIUSSSS.....(dalam nada ming-ming Wonder Pet)..

Bermula dari Januari-February 2010 ini sahaja..4 org telah melalui sesi pemulihan yg dilalui selama 60 hari tersebut..kelas dan subjek terpaksa diganti oleh rakan-rakan pensyarah yg lain...student seakan terumbang- ambing bertukar pensyarah..rakan-rakan akan kekurangan geng breakfast dan lunch dari sehari ke sehari...ha...ini isu yang paling serius!!! Macam mana nak pegi makan kalo geng makan takde????

Walau bagaimanapun keseriusan dan kerisauan tentang penyakit ini hanya wujud dikalangan pihak pengurusan yg bertanggungjawab menyelaras pensyarah-pensyarah di sepanjang tempoh pemulihan yang agak lama tersebut....individu yang dijangkiti penyakit ini dikhabarkan tidak risau..malah gembira dan ada juga dikalangan yang masih belum dijangkiti berharap agar mereka dijangkiti!!!!!

Dijangkakan sehingga kini seramai 5 org lagi termasuk aku telah dijangkiti..dan bakal melalui tempoh pemulihan 60 hari tersebut sekitar bulan Ogos-Oktober..ada yang dah diketahui umum akan jangkitan tersebut..dan ada juga yang masih berahsia di atas beberapa sebab (seperti baru sahaja pulih dari penyakit ini tahun lepas tapi menjangkit lagi tahun ni..atau sebab memang menunggu dlm tempoh yg agak lama dan terlalu berharap agar dijangkiti penyakit ini)....dan dijangkakan akan ada lagi yang bakal dijangkiti  menjelang ujung tahun..masih ada lagi ruang kosong pada bulan November dan Disember...sila amik nombor ye...

CEO kami bakal mendapat +- sedozen anak angkat tahun 2010 ini..

Sungguh subur bumi ITPku ini...lalalalala...

5 ulasan:

Ammi Sara berkata...

hahaha,
aku bc tajuk tu dah agak dah ramai yg pregnant, hihi..

jgn lak korang sebarkan aura jangkitan ke penang udah le, kesian anakku br 1/2 thn, hehe..

mcm kat adelaide dl ramai tul geng usrah jangkit2, tiap bln dpt ahli usrah br ;-D

MAMA DHS berkata...

hehe..aura jauh kurang berkesan kot..kalo dekat may be jangkit gak..banyak ketegori yg jangkit kat ofis aku ni..ada yg baru kawin..anak kedua..ketiga..yang tutup kilang..sume ada..tapi yg paling best..pastu sume decide nak susu badan..tu pun "jangkitan" yang best gak..

ina berkata...

huhuhu..bestnya..aku nak berjangkit gak ngan penyakit nie..tapi yang x best x de lak yang nak berjangkit bagi susu badan...semua x de kekuatan..aku je kot yang kuat kat sini..hahaha..

mama dhs berkata...

ina..meh dtg ipoh nanti ko musti berjangkit..perak kan bumi nan perrrrmaaii dan damaaaaaiiii...

Syana berkata...

dah sah2 aku takkan berjangkit.. heheheheh..