Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

22 Jun 2009

Mama..Damiya Syudah Syehat..



Alhamdulillah..
Lawatan rutin damiya ke klinik paediatrician semalam dikhabarkan dgn brita gembira..dgn izin Allah..damiya serasi dengan puff inhaler dan menunjukkan reaction yg positif, buat masa sekarang dia dah bebas dari asma..tapi still kene puff malam..lagi-lagi bila cuaca berjerebu sekarang ni..lps hazing reason ni berlalu doktor jasmin cadangkan agar berhenti gunakan puf secara beransur-ansur dan terus bebaskan dia dari inhaler tu..

Dia pun sekarang dah makin aktif..berat badan pun dah naik (agak banyak!)..Dr. Jasmin kata sebab sblm ni..apa yg dia mkn digunakan utk pernafasan, bila dah sihat..apa yg dia makan digunakan utk tumbesaran sepenuhnya (sebab tu anak mama membesar bagai johan!)..tapi kami tgh control diet dia skarang ni..Dr. Jasmin kata kanak-kanak asma tak boleh berat badan berlebihan nanti akan worse kan asma dia.
Bila baca buku "the greedy cat" siap buat contoh lagi:apa akan jadik bila kucing tu makan banyak2..dia ingat plak tu..(kadang-kadang) "damiya takmo jadik mcm cat tu.."..tapi time makan kek coklat..lupa jap crita greedy cat..."ala..damiya nak makan..last..mama..last!" kesian plak huhuhu..demi kesihatan dia..mama kene kuat!

Berat damiya 2bln ni mantain 17kg..tu satu perkembangan yang baik..
Danish pulak..dah 8.4kg..kuat minum susu..nenen...nenen..nenen..pantang tgk org ngunyah..menjerit mintak disuap!




Smoga allah memberikan kesihatan yang baik utk anak-anak dan ahli keluargaku..aminn..

18 Jun 2009

Menulislah...Demi Anak-Anak



Salam...rasanya dah hampir 4 bln tak jenguk langsung ke blog ni..maklumla sejak ada blog "yang lagi satu tu" aku tak jenguk pun blog ni..tapi aritu bila babah DHS belikan majalah anis bln ni,dan terbaca ruangan tulisan saifulislam (one of my favorite blogger) rase terpanggil plak utk up date kembali blog ni.Tajuk tulisan saifulislam tu..MENULISLAH..DEMI ANAK-ANAK..dalam tu secara ringkasnya aku citerkan dia rasa sedih bila kenangan dia dengan allahyarham abah dia seakan-akan "hampir" hilang..so dia tak mahu dianggap "hilang" dari mata anak-anak dan cucu-cucunya kelak..jadi dia nekad utk menulis di blog/majalah/tulis buku dsb..

untuk anak-anak mama..mama akan mula menulis (arap-arapnya konsisten) demi kalian..agar kenangaan manis sepanjang membesarkan kalian akan tetap utuh dalam ingatan..agar pesanan mama dan babah supaya menjadi anak-anak yang taat perintah Allah & Rasul akan tetap boleh "didengari" dengan adanya pesanan daripada blog ini..walaupun semasa mama & babah telah mengadap Ilahi kelak..insyallah..

21 Februari 2009

Februari Berakhir

Salam. Sedar tak sedar, Februari hampir berlabuh. Huhu... cepatnya masa. Dalam pada tak sedar tu, macam-macam dah kita semua lalui kan. Kehidupan perlu diteruskan. Oh ye. We are now dah mula aktif facebook. hehehe... bestnya dapat unite dengan member2 lama yang bertahun dah tak jumpa

06 Januari 2009

Artikel "Pengalaman Ibu Bekerja"...the original one

Salam sumer...
Citer pengalaman bersalin Danish Husainy akn ditangguhkan ke lain posting..kali ni nak attachkan 'jawapan asal' yang belum di edit oleh wartawan (hehe..thanks cu syada) ke atas artikel "Pengalaman Ibu Bekerja" yang disiarkan dalam mingguan malaysia sekitar julai yang lalu (citer lama laa..). Artikel tersebut terpaksa di edit disebabkan terlalu panjang lebar hehe..maklumla excited sgt citer pasal exlusive breastfeeding..ni dia bendanye..

1) Siapa yang bagi dorongan untuk breastfeed secara eksklusif? Sokongan suami bagaimana?

Dorongan tu datang dari pelbagai pihak sebenarnya. Pertama sekali sebagai seorang muslim saya percaya setiap ciptaan Allah swt pasti ada keistimewaan yang tersendiri. Begitu juga dengan susu ibu, dan terbukti dari hasil penyelidikan, kebaikan susu ibu memang tiada tandingan sama ada kepada bayi ataupun ibu. Tambahan pula susu ibu adalah hak seorang anak yg harus diberikan kpdnya.

Setelah melalui pengalaman hamil kandungan pertama dulu, naluri untuk menyusukan sendiri bayi saya semakin kuat. Jika saya seorang suri rumah pasti tiada sebarang masalah untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya, tetapi sebagai ibu bekerjaya saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk dpt manfaat dari penyusuan susuibu ini. Melalui pembacaan semasa hamil, saya dapat maklumat bahawa ibu bekerjaya juga boleh menyusukan bayi sepenuhnya dengan syarat mengikut teknik, pengetahuan dan kemahiran tertentu. Semenjak dari itu sehingga kandungan kedua ini, saya tidak putus2 mencari maklumat tentang penyusuan ibu seperti persediaan mental, fizikal, peralatan dll.

Suami saya memang mengetahui kehendak saya untuk menyusukan anak kami secara ekslusif, tetapi pada awalnya beliau agak ragu-ragu tentang perkara tersebut. “Cukup ke susu?, bagaimana jika dikehendaki out station” dsb. Tetapi setelah melayari internet dan membaca beberapa majalah keibubapaan, suami saya mula yakin malah memberikan sokongan 100%, dengan mencari keperluan dan peralatan yang sesuai utk mengamalkan penyusuan ekslusif ini. Beliau juga tidak keberatan untuk membantu saya dari segi menyediakan “Breastfeeding kit” (pump susu, cooler bag, botol2 dan cooler element) setiap pagi saya sebelum bertolak ke tempat kerja. Malah beliau akan sama-sama berkongsi kebaikan susuibu ini bersama rakan-rakan sekerja lelaki yang bakal menjadi bapa.

Ibu dan ibu mertua saya juga menyokong kehendak saya setelah melihat kesungguhan kami suami isteri.

2) Dari mana dapat maklumat mengenai breastfeed?

Sebenarnya ramai ibu bekerjaya di malaysia sekarang telah mula mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif ni, saya hanyalah salah seorang daripada ibu yang turut serta mengamalkan cara ini. Melalui internet saya dapati ramai ibu-ibu yang cukup berdedikasi untuk memberikan yang terbaik untuk bayi mereka, ada juga dikalangan mereka adalah golongan profesional seperti doktor perubatan, jurutera, guru dsb. Laman web seperti www.susuibu.com dan www.momslittleones.com banyak menyediakan maklumat berkaitan susuibu spt khidmat jualan barangan & peralatan menyusu secara online. Malah terdapat online forum utk ibu2 bertukar2 fikiran mengenai pengalaman dan masalah penyusuan.

Saya juga akan sentiasa mengemaskini pengetahuan mengenai penyusuan ibu secara ekslusif ini melalui pembacaan majalah dan buku2 keibubapaan. Pendek kata, apa sahaja mengenai penyusuan ibu saya akan baca dan simpan untuk rujukan pada masa akn dtg.

3) Pengalaman kali pertama breastfeed? Masalah?

Saya masih ingat lagi, penyusuan pertama saya adalah di dalam labor room sejurus sahaja selepas selesai proses jahitan selepas bersalin,alhamdulillah saya bersalin di Hospital Putrajaya yang juga menyokong penyusuan ibu. Ibu akan terus diletakkan bersama bayi utk menyusu dalam 1 jam pertama. Ketika itu, tanpa disuruh2 bayi saya terus menghisap kolostrum pertamanya sehingga tertidur. Rasa kekok dapat diatasi dengan mengamalkan apa yang diperolehi melalui pembacaan.

Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah seperti susu lambat keluar, bengkak susu (mastitis) dsb. Cuma masalah yang saya hadapi ketika hendak mula bekerja, kesilapan saya ketika itu ialah tiada langsung stok susu ibu dan tidak mempunyai pam susu yang benar2 membantu utk saya membuat stok susu utk diberikan kpd anak saya semasa saya di tmpt kerja. Semasa itu saya hampir putus asa utk meneruskannya. Setelah melayari internet, suami saya telah menyuruh saya untuk menghubungi kaunselor laktasi dari susuibu.com Puan Nor Kamariah Alwi. Setelah menghubungi beliau barulah saya dapat mengatasi masalah tersebut dan sedikit demi sedikit saya telah berjaya membuat stok susu dengan menukar jenama pump susu dan mengamalkan pemakanan yang boleh menggalakkan penyusuan seperti kurma, oat, sayur-sayuran dsb.

Masalah kedua semasa anak saya mencecah umur 5 bln lebih, semasa itu anak saya sgt kuat menyusu sehinggakan stok susu yg ada makin kurang, susu yg di pump di tmpt kerja hanya cukup2 utk diberikan kpd pengasuh keesokkannya. Kdg kala susu habis sblm saya sempat mengambil anak pd jam 6.30 ptg. Tetapi mujurlah saya dapat pengasuh yg sgt penyabar dan amat memahami. Beliau dapat memujuk anak saya sehingga saya tiba. Saya juga cuba menambah stok susu dgn menambah kekerapan sesi pengepaman dan pam pada waktu malam. Alhamdulillah setelah anak saya mula mkn mknn pepejal masalah itu dpt di atasi.

4) Cabaran menyusukan bayi bagi ibu yang berkerjaya? Halangan? Misalnya sukar untuk perah susu di tempat kerja, sokongan majikan dll.

Memang tidak dinafikan sbg pensyarah kolej swasta yg memerlukan saya berada di tmpt kerja dr jam 8 pg-5ptg dan meninggalkan anak bersama pengasuh sepanjang waktu tersebut dgn bekalan susu ibu tanpa ada susu formula adalah amat mencabar. Susu yg dibekalkan haruslah mencukupi utk waktu tersebut. Jadi saya perlu sentiasa memastikan yg stok susu mencukupi. Pengurusan masa perlu betul. Alhamdulillah saya mempunyai rakan-rakan yg juga menyokong penyusuan ibu sama ada ibu2 yg mengamalkan penyusuan secara ekslusif atau menyusu pd waktu mlm. Kami sama2 bertukar fikiran utk sama2 menyokong usaha murni ini.

Saya menggunakan masa rehat utk mengepam susu di surau tmpt kerja saya. Saya juga memaklumkan kpd majikan saya tentang penyusuan ibu secara ekslusif ini, dan alhamdulillah majikan saya memahami asalkan tidak mengganggu waktu kelas.

Cuma sekiranya dikehendaki berkursus atau menghadiri bengkel, saya akan membawa bersama anak serta suami saya dan menyewa bilik sendiri sekiranya terpaksa bermalam.

5) Pengalaman menyusu di tempat awam? Adakah kebanyakan tempat awam di Malaysia sesuai untuk menyusukan bayi? Mungkin rasa malu bila tiada tempat yang sesuai...dll.

Tentang perkara itu, saya tidak mempunyai masalah setakat ini, apabila pergi ke pusat membeli belah, saya akan menyusukan anak di surau atau di baby room. Sekiranya tiada kemudahan tersebut, saya akan mencari tempat yg agak sesuai dan terlindung. Tambahan pula saya sentiasa memakai pakaian yg sesuai utk penyusuan ibu semasa keluar dgn anak saya. Saya teringat semasa anak saya berumur 4 bln, saya telah menyusukan anak saya sambil berjalan dan sebelah tgn lagi memilih barangan di pusat membeli belah tanpa ada sesiapa menyedarinya dan hanya kelihatan spt sedang memangku bayi yang sedang tidur! . Suami saya juga sentiasa memastikan aurat saya sepanjang penyusuan di luar rumah sentiasa terjaga. Menyusu badan bukan halangan untuk kita melakukan aktiviti seperti orang lain, malah memudahkan kerana kita tidak perlu membawa kelengkapan utk membancuh susu formula setiap kali keluar rumah, hanya perlu pakaian yg sesuai utk penyusuan sahaja.

6) Masih berhasrat untuk meneruskan breastfeed untuk bayi yang seterusnya?

Sudah tentu! Insya allah...pengalaman semasa menyusukan anak pertama dulu akan digunakan utk menyempurnakan penyusuan utk anak kedua ini. Anak pertama saya telah menyusu secara ekslusif selama 1 thn 7 bln. Ketika itu, saya terpaksa menghentikan penyusuan ibu di atas nasihat doktor kerana mengalami tekanan darah rendah semasa kandungan kedua berumur hampir 3 bln. Dengan berat hati saya “terpaksa memperkenalkan” anak saya dengan susu formula buat kali pertama semasa itu. Kalau ikutkan memang sedih tetapi saya memikirkan mungkin allah telah menetapkan rezeki anak saya setakat itu sahaja. Dan pastinya saya tak sabar utk meneruskan penyusuan ekslusif kpd bayi kedua saya yang dijangkakan akn lahir pada ogos dpn.

7) Nasihat untuk mereka yang ingin menyusu secara eksklusif....

· Banyakkan pengetahuan dengan membaca (internet atau buku) tentang penyusuan ibu.

· Jangan keberatan untuk invest utk peralatan penyusuan ibu seperti pump susu yang berkualti dan mempunyai ciri-ciri spt menyamai cara hisapan bayi atau pengepaman berkembar (double pumping), cooler bag, supplement dll. (memang agak mahal, tetapi sgt berbaloi dan boleh berjimat utk jangka masa panjang)

· Kuatkan semangat dengan menyertai kumpulan sokongan penyusuan yang juga mengamalkan penyusuan ibu ini. Jgn salah rujuk orang, dikhuatiri dpt maklumat yg salah.

· Dapatkan pengasuh atau pusat jagaan bayi yang boleh membantu kita utk mengendalikan & memberi susu ibu kpd bayi. Tidak dinafikan pengasuh mempunyai pengaruh yang besar ke atas kejayaan penyusuan secara ekslusif.

· Amalkan pemakanan secara sihat utk menjamin kualiti dan kuantiti susu.

· Akhir sekali selepas berusaha, bnyakkan berdoa & bertawakkal utk usaha murni ini, mudah-mudahan diberkati dan dipermudahkan.



haa..panjang tak ..patutla kena edit..hehe..alhamdulillah..sehingga kini allah masih izinkan Danish Husainy menyusu secara exlusive...doa mama agar Danish Husainy dapat menyusu sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, semoga allah beri kekuatan utk mama memberikan yang terbaik utk anak mama..insya allah...



14 November 2008

Cepatnya... dan UPSR dah keluar

Cepatnya masa berlalu. Jika di awal 2008 rasa jauh lagi ke hujung tahun, kini cuti sekolah akan menjelma. Esok hari terakhir persekolahan. Memang sibuk. Sebagai pendidik apabila sekolah akan bercuti, banyak perkara perlu diselesaikan. Ye la, urusan 2009 juga perlu dirancang dari sekarang. Anak-anak muridku juga baru dapat result UPSR. Alhamdulillah, walaupun sedikit lari dari perancangan, 14 orang muridku berjaya juga mendapat 5A. 4A1B juga ramai sangat. Melihat rami yang menitis air mata (kerana gembira dan tidak kurang yang berduka), aku mula mengimbas kenangan tahun 1989. Aku antara 15 orang murid di sekolahku yang mendapat 5A. Masa itu rasanya kegembiraan macam biasa-biasa sahaja. Tidak tertekan untuk mendapat cemerlang malah yang gagal juga nampak mampu ketawa. Adakah kerana pada masa itu tiada tekanan dan harapan yang melambung tinggi dari persekitaran? Masa ini, murid-murid seawal Tahun 1 juga seperti terdesak untuk cemerlang. Lihatlah, bukan sedikit ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Emm...
Berbalik kepada peristiwa pagi tadi, tahniah cikgu ucapkan pada semua. Jalan ke menara masih jauh. Masih ingat tangga-tangga yang cikgu pernah paparkan? Pilihlah jalanyang kamu suka. Keputusan ditangan kita. Jika anda sudah berpuas hati setakat kejayaan hari ini, bagaimana pula dimasa hadapan? Berulangkah kejayaan ini? Usahalah, doalah. Anda pasti mampu. Cikgu senantiasa mendoakan anak-anak murid semua berjaya didunia dan akhirat.

08 November 2008

Nak share...pengalaman bersalin

Salam...
ni first time mamaDHS, post dlm blog nie..(First time nak berrblog sebenarnye..huhu)..salam utk semua..
Alhamdulillah..allah beri peluang utk mamaDHS menjadi isteri dan seterusnya menjadi ibu kepada 2 org budak tomei (paling comel di hatiku!!).. entry pertamaku ini nak share pengalaman bersalin DAMIYA HANNANI BINTI SHAIRIMAN..penantian bulan demi bulan selepas diijabkabulkan utk bergelar ibu sangat getir dan mencabar. Tak boley dgr org tanye "dah berisi ke blom" mesti nak meleleh air mata ni..bukan tak sabar atau tak redha..tapi belom cukup kuat utk menangani perkara tu..dpn org senyum jela..tp pastu nangis sorang2..ngadu dgn babahDHS, tiap kali tepon malam (masa tu tgh PJJ-perkahwinan jarak jauh..kita hanya merancang..hanya allah yg menentukan dan menetapkan bila agaknya perkara itu akan terjadi...

akhirnya dalam bulan ramadan 2005, mamaDHS telah disahkan positif oleh ucuDHS ketika itu hehe..dan kemudian oleh Doktor Jameaton (Bandar Putra Permai..lamanya tak dtg ke tempat tu!!)..maka bermulalah pengalaman mengusung perut (yg tak brapa besar tu) ke hulu dan ke hilir..Alhamdulillah!! walaupun masa tu dok sorang2 (ucuDHS dapat sambung UPSI, jumpe babahDHS ujung minggu je) mamaDHS sgt la kuat dan tabah..tak pernah menangis walaupun kesunyian (huhu..org lain yg sedih tgk kite pregnant sorang2 masa tu..) mungkin sbb terlalu nak sgt pregnant dan rase mcm sentiasa ada org temankan kita masa tu..(damiya mama la tu..)..banyak sgt "kebetulan" yg allah dah aturkan utk kehamilan pertama mamaDHS ni..dalam bulan kelapan kandungan mamaDHS..ucuDHS pun cuti UPSI dan temankan mamaDHS di serdang..so tak la dok sorang2 bila dah sarat tu.

Pada genap minggu ke 38..masa tu nak cuti skola dah..babahDHS pun dtg serdang utk mengabiskan cuti dgn mamaDHS..ucuDHS pun balik kampung laa..turn dia jaga mamaDHS dah abis..lps anta ucuDHS balik tg. karang mama&babahDHS pun jenjalan ke alamanda..round la window shopping..pasti gi umah mak ngah DHS utk solat magrib dan dinner skali kat situ..pastu kami balik serdang dan siap2 kan baju utk mamaDHS gi ofis esoknya..malam itu..tgh tido dalam jam 2.00 pg mama DHS terasa air mcm air mengalir, kejutkan babah DHS..terus babahDHS call makngah DHS..mak ngah kata "sah!! air ktuban..!"..teruskan kami dalam keadaan berdebar+suspen+seram bersiap2 ke hospital putrajaya..call ucu DHS yg baru je nak tido utk bgtau tok mak dgn tok abah..

ingatkan nak bersalin sgt dah..rupanya jalan baru buka 1cm..keesokkan arinya (29 Mei 2006) bemulalah fasa contraction yg mamaDHS rasa..sakitnya hanya allah yg tahu tapi mama DHS cuba kurangkan dgn membaca surah al-mulk dan berjalan2 di sekitar wad...sesekali baring dan terlelap..mamaDHS mengalami muntah2 dalam fasa contraction ni..tak tau nape..tetiba batuk teruk dtg dan muntah2 beberapa kali..sampai la 4.30 ptg bila doktor mengesahkan yg jalan telah terbuka 4cm...mama DHS ditolak dgn wheel chair ke labor room..seram sejuk..hnya allah yg tahu.."ya Allah..kau permudahkan lah urusan hamba Mu ini..

BabahDHS dibenarkan utk masuk (memang jadik polisi Hospital Putrajaya kot-suami masuk ke labor room utk membantu mudahkan bersalin serta memberikan semangat) memang babahDHS dah niat pun utk temankan dan alhamdulillah allah izinkan utk hantar ke hospital-masuk dan temankan dlm labor room walaupun duduk berasingan..

Dalam labor room pun masih rase nak muntah 2,3 kali..badan lemah sgt sbb makanan sumer kluar balik..masa tu mcm2 perkara dtg bertalu2 dalam pemikiran.."mcm ni la yg mak rasa masa nak lahirkan aku.."..akhirnya dalam jam 7.00 malam jalan telah terbuka sepenuhnya..dan mamaDHS telah diarahkan utk meneran..TAPI!!! "ha..camne nak teran??" ya allah..mcm2 yg mamaDHS baca dan carik sblm bersalin tentang amalan ibu mengndung, tentang penyusuan ibu, tentang pemakanan dan amalan dlm pantang..tp tak blaja tentang meneran!!! huhu..20minit jugak proses labor tu berterusan..akhirnya damiya hannani selamat dilahirkan diiringi dengan azan maghrib..mendengar tangisan pertama dia wat mama&babahDHS sama2 nangis kesyukuran...alhamdulillah..syukur ya allah..anakku telah lahir dgn selamat dan sempurna..

sekarang damiya dah hampir 2 tahun 6bln..kenangan tu tak pernah padam dlm ingatan mamaDHS..malah akan terus subur..tiap kali memandang wajah damiya terutama masa tidur..pasti mama akan teringatkan saat2 indah masa pregnant, melahirkan dan menyusukan dia..smoga anak mama akan menjadi anak yg solehah dan bijak..sihat selalu..dan akan menjadi srikandi agama dan bangsa..insya allah..

posting akan dtg..nak share pengalaman melahirkan anak terunaku..DANISH HUSAINY BIN SHAIRIMAN

05 November 2008

Hendak 1000 Daya

Salam. Hari ini saya bersama-sama murid saya ada latihan dikir barat di sekolah. Tak pernah saya latih dan masuk dikir barat seumur hidup saya. Tapi bila GB saya minta tolong latih, saya usahakan juga. Insyaallah kami akan cuba jayakan. Sebelum ini saya bersama ustaz sekolah saya melatih buat kali pertama melatih pasukan kompang selawat. Pertandingan ini juga julung kali diadakan. Selepas berjaya mewakili Negeri Perak, kami ke peringkat Kebangsaan di Johor Bahru. Alhamdulillah, dengan kosong pengalaman melatih kompang, kami berjaya mendapat tempat ketiga kebangsaan. Rezeki. Tak pernah saya main kompang, latih kompang atau dalam kata lain, sebenarnya saya tidak tahu bermain kompang. Setakat ikut-ikut bolehlah. Tetapi mungkin pernah aktif bernasyid dan tahu juga la bunyi-bunyi percussion ni banyak membantu kami. Apa yang lebih bertuah, anak-anak murid saya ni memang cekap dan hebat. Bagi tau je nak bunyi macam mana, mereka ketuk, terus jadi. Senang kerja kami. Apa pun, inilah dia pengalaman yang saya dapat. Tak semestinya kita tak tahu dan tak pernah buat maka kita akan gagal. Jangan bagi alasan " Saya tak tahu" atau "Saya tak pernah buat, jadi saya tak boleh buat". Pebgajaran yang saya dapat, benarlah kata pepatah hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau hendak dan ada pula minat, pasti kita usahakan agar apa yang kita lakukan jadi kenyataan. Oh ye.. Nak stop, nak solat Zuhur. K