Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

14 November 2008

Cepatnya... dan UPSR dah keluar

Cepatnya masa berlalu. Jika di awal 2008 rasa jauh lagi ke hujung tahun, kini cuti sekolah akan menjelma. Esok hari terakhir persekolahan. Memang sibuk. Sebagai pendidik apabila sekolah akan bercuti, banyak perkara perlu diselesaikan. Ye la, urusan 2009 juga perlu dirancang dari sekarang. Anak-anak muridku juga baru dapat result UPSR. Alhamdulillah, walaupun sedikit lari dari perancangan, 14 orang muridku berjaya juga mendapat 5A. 4A1B juga ramai sangat. Melihat rami yang menitis air mata (kerana gembira dan tidak kurang yang berduka), aku mula mengimbas kenangan tahun 1989. Aku antara 15 orang murid di sekolahku yang mendapat 5A. Masa itu rasanya kegembiraan macam biasa-biasa sahaja. Tidak tertekan untuk mendapat cemerlang malah yang gagal juga nampak mampu ketawa. Adakah kerana pada masa itu tiada tekanan dan harapan yang melambung tinggi dari persekitaran? Masa ini, murid-murid seawal Tahun 1 juga seperti terdesak untuk cemerlang. Lihatlah, bukan sedikit ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Emm...
Berbalik kepada peristiwa pagi tadi, tahniah cikgu ucapkan pada semua. Jalan ke menara masih jauh. Masih ingat tangga-tangga yang cikgu pernah paparkan? Pilihlah jalanyang kamu suka. Keputusan ditangan kita. Jika anda sudah berpuas hati setakat kejayaan hari ini, bagaimana pula dimasa hadapan? Berulangkah kejayaan ini? Usahalah, doalah. Anda pasti mampu. Cikgu senantiasa mendoakan anak-anak murid semua berjaya didunia dan akhirat.

Tiada ulasan: