Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

11 Disember 2009

Ulat..oh ulat...


Salam...

lega rasanya bila dah abis sesi invigilation..sekarang adalah masa utk rileks, sementara menantikan semester baru yg akan dtg pada januari 2010 nanti..

dikesempatan masa lapang ni, aku kembali kepada hobi yg paling aku suka dan lama dah aku tinggalkan iaitu memancing MEMBACA NOVEL..aku baru jer abis baca novel AYAT-AYAT CINTA karya Habiburrahman El Shirazy,walaupun dah tau jalan ceritanye (sebab tgk filem)..tapi memang tak dpt elak daripada melelehkan air mata kesyahduan..apa yg aku brani kata novelnya memang berganda2 bestnye daripada filem!! walaupun penulis berbangsa indonesia tp ayat2 mudah difahami dan sgt menarik..novel cinta islamic yg memang membuat kita berada di mesir sambil menghayati kisah cinta Fahri dan Aisya..







sekarang ni aku tgh mengabiskan karya kedua Habiburrahman KETIKA CINTA BERTASBIH episod 1..insyallah akan bersambung ke episod 2 nanti..cerita dia memang best dan menarik..tak kurang hebat berbanding karya pertama dia..

bercakap tentang hobi membaca dan kaitannya tentang tajuk entri..aku memang dilahirkan sebagai ulat nangka buku..masa sekolah dulu sanggup kumpul duit sikit2 utk beli novel2 kesayanganku..masa awal2 remaja dulu 11-15thn novelis mana lagi kalo bukan AHADIAT AKASYAH..hampir semua koleksi ahadiat akasyah aku ada daripada budak setan1,2,3..budak momok..segala2 jenis bapak budak tu aku ada..katrina..lagenda budak setan..lama2 dah tak bole layan novel2 gitu dah..layan pulak novel2 CREATIVE ENTERPRISE..masa ni tak kira novelis..asalkan karya yg ada crita syahdu syahdan sket aku layan..TANGISAN BULAN MADU..antara novel yg aku masih ingat tajuknya..yg lain dah lupa..aku lebih suka dok memerap membaca dalam bilik daripada dok dapur ngadap TV..
pas masuk UPM malas tak brapa sempat nak baca novel..plus..takde duit nak beli novel..time zaman "berkawan" dgn en.suami aku terkejut jugak dia kata dia minat baca novel gak..bia betul dia ni minat baca novel..

lepas kawin minat membaca ni dikongsi bersama, ingatkan sebelum kawin,en.suami main cakap jer minat baca novel..iyela ingatkan nak jual minyak amik ati aku dia kata la dia minat baca novel gak..rope2 nye..minat dia pada buku lagi ekstream! bayangkan beberapa bln lepas kawin tiap2 minggu dia akan beli buku..buku pulak bukannya murah2..daripada novel2 karya NORHAYATI BERAHIM, sampai buku2 motivasi ..pantang ada buku baru..dia musti nak beli..menurut crita en. suami..daripada kecik dia pun akan kumpul duit utk beli buku..pantang ada pesta buku, dia dan adik dia mesti ajak mak dan abah (arwah hj. badzri) ke sana..minat dia lagi meluas..kalo aku minat baca novel jiwang cinta je..dia minat novel sastera,islamic,thriller,motivasi,misteri dan cinta jugak..karya2 FAISAL TEHRANI,ABU HASSAN MORAD dan penulis yang berat2 pun dia layan..aku memang malas tak larat nak baca novel yg berat2 sgt..belum minat atau belum sampai seru..huhuhu..iyela dia org seni, memang minat dgn sastera dan kesenian ni..walaupun otak matematik tapi dia layan sastera gak..huhu..aku memang tak terlayan..

mumula aku membebel agak bising la jugak..sebab2 buku2 ni agak mahal RM20-40 sebuah..dan belum abis baca..dah nak beli lagi..tapi akhirnya aku pun naik syok bila kabinet buku kat umah kami dah penuh mcm library..dia pun dah mula la kurangkan beli buku..daripada seminggu satu buku (kdg2 lebih!) kepada sebulan atau 2,3 bln sekali..

sekarang kita org jadikan rutin sebln sekali at least ke MPH atau POPULAR atau NOVEL HUT atau mana2 kedai buku laa..kalo sempat bawak anak2 sekali..kalo tak sempat belikan la DAMIYA dan DANISH apa2 buku atau magazine lama..

alhamdulillah minat kami dah mula diturunkan kepada damiya..dia memang sayangkan buku..daripada kecik memang tak penah koyakkan buku atau magazine..pantang nampak buku mesti nak beli..buku crita/buku mewarna/buku aktiviti/magazine dan pape la yg dia rase minat..kdg2 sampai marah kat dia bila dia asik suruh bacakan buku..padahal masa tu dah pukul 12.30 malam! Danish pun dah mula minat jugak, daripada asik koyakkan buku, dah mula pandai buka perlahan2..kalo nak nenen, dah bole kita cakap "kalo nak nenen, go n take your book" ..terkedek2 la dia amik pape buku atau kdg pamplete tesco asalkan berupa kertas..

semoga budaya cintakan ilmu ini akan berterusan dlm family kami..apa yg aku bole katakan membaca ni memang hobi yg paling miracle!! dengan membaca kita dapat "melancong" ke tempat lain..dgn membaca kita dapat kenal budaya org lain..dgn membaca kita akan tahu tentang sesuatu tanpa perlu membayarnye (kecuali harga buku laa..)

"YA, ALLAH YA TUHANKU, KAYAKAN LAH AKU DENGAN ILMU, HIASKAN LAH DIRIKU DENGAN KETENANAGAN JIWA, DAN MULIAKAN LAH DIRIKU DENGAN TAQWA DAN ELOKKANLAH DIRIKU DENGAN 'AFIAT" ~doa menuntut ilmu~

09 Disember 2009

wedding anniversary celebration

takde celebrate berdua pun..just beli cake dan makan anak-branak dan family in law yg kebetulan balik kampung..bila en.suami tanya nak hadiah apa..emm rasa tanak pape..sume baru je dpt time raya aritu..kasut, handbag..perfume pun banyak lagi..keseronokan anak-anak dan kebahagiaan hidup suami isteri tu dah jadik hadiah yg tak ternilai..


ni cake nye..pandan layer cake from NR YUMMIES..yg menariknya deco cake ni just bg info on phone jer..bgtau kak nora tu..buatla design yg cute gambo happy family..damiya paling suka tgk kek tu.."cake birthday kawin mama dan babah" dia kata..yg paling bestnye..kek tu licin tak bersisa langsung..compare kalo beli kek chocolate ke..apa ker..jenuh nak abiskan..yg nie..abis tanpa di paksa :)

last week pun kita org pegi zoo taiping..realisasikan janji dgn damiya..bawak SIL dan anak-anak dia..lama dah tak gi tgk binatang2 nie..best sgt!!




..kat tempat elephant..


..damiya with abg arief, abg adham and kakak arisya..


..tgk..elephant tgh bfeed..


..dalam train tgh tgk giraffe..


..masya allah, canteknye makhluk ciptaan allah yg satu nih..


..mama, danish dah ngantuk..


..jom balik dah..


..dah nak balik baru bergambo kat gate dpn..


..damiya dgn abg a-am bergambo dpm muzium,masa ni mama tgh bfeed danish (sambil zzzzz)

semua tertido kepenatan dlm kete..pas brenti mkn2 sume sambung zzz..aku kena la temankan en.suamiku yg asik nguap..yang pastinya semua balik dgn gembira termasuk danish yang asik panggil semua animals tu cat..bird..pishh..

04 Disember 2009

Aku Terima Nikahnye...


gambar pertama diambil berdua..menggunakan kamera hp en.suami
masa: beberapa jam selepas dinikahkan..
tempat: bilik pengantin



Alhamdulillah...pada saat ini..5 thn yang lalu aku telah selamat dinikahkan dgn insan yang teristimewa..SHAIRIMAN B HJ BADZRI..

Sesungguhnya tiada anugerah yang paling istimewa selain daripada menerima gelaran isteri dan ibu kepada insan yang paling kita kasihi..

Rasenya mcm baru jer berkenalan kat Kolej Canselor UPM..tup-tup dan 5 thn dah kami berkahwin..

Semoga perkahwinan kami ini sentiasa terpelihara di dalam rahmat Ilahi..

"YA ALLAH YANG TUHANKU, AKU AMAT BERSYUKUR KPD MU DI ATAS KURNIAAN SEOARANG SUAMI YANG SOLEH DAN PENYAYANG. BANTULAH DAN PERMUDAHKANLAH DIA YA ALLAH UTK MENJADI SUAMI DAN ANAK YG SOLEH..KUATKANLAH IMANKU, LAPANGKANLAH FIKIRANKU, REDHAKANLAH HATIKU UTK MEMBANTU SUAMIKU BAGI MENJADI ANAK DAN SUAMI YANG SOLEH..SESUNGGUHNYA HIDUP INI TERLALU INDAH DAN SINGKAT UTK DISIA-SIAKAN.."

17 November 2009

Kesah Geng Mak-Mak...


(dari kiri mama fatimah, ibu along, ummi siti, ibu yati, mama fara-yg sedang menggunakan medela manualnya akibat spectra yg sedang diservis, ibu hani)

Geng mak-mak? adakah geng nie bersekongkong dgn geng mamak? hehehe..tidak sama sekali..ni adalah geng mak-mak yang mengepam di ofisku..alhamdulilah komuniti ibu-ibu fully breastfeed kat ofis aku dah makin berkembang..daripada aku sorang terkontang-kanting mengepam time masuk ITP pada september 2006..pastu jumpa along (2 dari kiri) yg baru balik berpantang anak sulungnye..sehingga lah bertambah sehingga 6 org..tu tak termasuk dgn yg pindah lagi..coming soon ada lagi 3 org bakal menyertai kami..

geng mengepam kat ofis ni.. terdapat dlm pelbagai ketegori, sama ada anak sulung, anak kedua atau anak seterusnya..yg pastinya CEO pun maklum akan kegiatan kami ni, asalkan tak menggangu waktu kelas..katanya..sape2 yg baru mengandung pun akan turut terseret ke dunia susuibu bila tgk geng2 ni melakukan operasinya dlm surau..anak2 dara pun kata "nak wat camni gak la nanti"..budaya baru ni dah menular ke seluruh warga ofis..pendek kata tidak bf adalah sesuatu yg memalukan bagi kami :P

alhamdulillah.."kedegilanku" utk tidak memberikan anak2 ku susu formula sejak mula mengandungkan damiya hannani pd 2005 telah menjadi "pengaruh" kpd ramai kawan-kawan dan ahli keluarga..ahli keluarga kawan2..isteri kawan2..dan lain-lain org. yg paling terharu apabila anak jiran mak mertua pun terlibat dalam "kancah" penyusuan sepenuhnya ni bila tgk aku bole buat utk damiya sblm ni..dan lagi seronok apabila mereka lagi hebat dan cemerlang dalam stok dan hasil tenusu (mcm ina udm, kak fina, hani itp dll)

semoga budaya baik ini akan diteruskan utk generasi akan datang..jgn sia2kan apa yg Allah telah kurniakan bagi seorang ibu kpd anaknya..may be tak mustahil satu masa nanti..masa interview bakal menantu nanti, org akan tanya.."kamu dulu fully bf tak?" huhuhu..melampau tak agaknye..

ya allah..kurniakan la rezeki susu kepada anak-anak kami, semoga usaha kami yg sedikit ni akan diberkati dan dipermudahkan..aminn...

kepada anak2 mama..bersyukurlah..kalian dapat berpeluang jadi anak2 fully bf..dan mama panjatkan berjuta2 kesyukuran kepada ilahi kerana melorongkan mama utk memilih jalan ini, walaupun mama dulu tak berpeluang jadi anak susuibu, bkn salah tok mak..bkn salah sesiapa..bak kata tok mak pd mama.."mak dulu mana la tau susu ni bole simpan camni, tahun 1979..mana la tau benda2 camni.bila dah naik keje..kena la ajar korang minum susu botol..mak sokong ko jela bila ko buat camni.."...dan hasilnya..tok mak sponsor beli spectra3..sbb tu mama sayang sgt spectra3 mama tu..TERIMA KASIH MAK..kasih sayang dan pengorbanan mak hanya allah yg dpt membalasnya..

16 September 2009

Hasil 'seni' Damiya Hannani


Damiya lately suka main camera..ntah apa-apa gambar di snap nye..


..gambar ubat opah..


..gambar buku-buku kesayangan dia..


..gambo nikah mama & babah..


..gambar sponge bob yang dia lukih sendiri..ada rupa gak laa..hehehe..




smoga damiya membesar jadi anak yang solehah dan sihat selalu..mama nak damiya tau yang mama sayang sangat kat damiya..sayang sampai rainbow!!

11 Ogos 2009

Majlis Tahlil Arwah Atok & Besday Danish

Dah lama tertangguh nak up date...Entry kali ni just nak upload gambar-gambar sekitar majlis tahlil arwah abah (Allahyarham Hj. Badzri-bapa mertuaku) yang telah kembali ke rahmatullah 5 ogos 2002 yang lalu, serta sambutan berday DANISH HUSAINY (7 ogos) dan opahnya (19 Ogos..majlis di adakan pada 8 Ogos yang lalu..


...persiapan majlis...



...di antara hidangan yang disediakan..


...opah melayan tetamu yang hadir..


...the cake..


...the birthday boy and his mom..


..the cake lover..


..the little hero..


..look mama..i'm a big boy now..

07 Ogos 2009

Alhamduillah..diizinkanNya sehingga setahun..



alhamdulillah..danish husainy turn to one..hari ini pada tahun 2008 yang lepas aku selamat melahirkan Danish pada jam 7.40pm dgn berat 3kg di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan Ipoh..semua kata nape tak besalin 080808..isk..ingat boley tahan-tahan ke? hehe...alhamdulillah pengalaman melahirkan danish dipermudahkanNYA..dan dengan izinNYA jua danish dapat fully breastfeed sehingga kini..walaupun dgn kais pagi makan pagi..kais ptg makan ptg..(pam pagi utk pagi..pam ptg utk ptg)..

smlm pun danish dah berjalan..ikut mamanya jenis berjalan awal :)..pandai cakap "dah.." (bila dah kenyang nenen) dan "nak..babah..kakak.." buat bunyi cat..tiger..tapi mama dok panggey "emmmaa.." lagi :)

smoga danish jadi anak yg soleh..membesar sbg anak yang sihat dan cergas..MAMA SAYANG DANISH SAMPAI LANGIT ANGKASA!!! (mcm kakak damiya cakap!)

bila tgk brita pasal penularan H1N1 ni buat aku emosi sgt..rasa nak balik umah..duduk umah dgn anak-anak..tanak gi mana2..nak peluk jer diaorang..

Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,
Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,
kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,
dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,
dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un danbala bencana,
dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam.

Amin.

Note:
Doa untuk Keselamatan dan Kesentosaan daripada segala penyakit
Caranya: Baca doa ini 3 kali pada setiap pagi dan petang.
Dipanjangkan dari Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan