29 Oktober 2008

Cahaya mata

Cahaya mata, itulah antara kurniaan paling berharga buat pasangan suami isteri. Syukur, saya dan isteri dikurniakan sepasang cahaya mata. Damiya Hannani (2 tahun 5 bulan) dan Danish Husainy (2 bulan), cahaya mata kami yang tersayang. Benarlah kata orang. Penat bagaimana sekalipun apabila pulang dari kerja, menatap dan melayan keletah anak-anak, hilang segala lelah. Gelak ketawa mereka bagaikan penawar segala-galanya. Begitulah agaknya ye, perasaan mak dan abah aku dahulu. Kasih sayang mereka kepada anak-anak memang tiada taranya. Kini, kami menggalas tugas yang sama. Persoalannya, mampukah kami mendidik anak-anak sebagaimana mak dan abah kami dahulu? Moga Allah senantiasa bersama kami di dalam perjalanan ini. Doa kami juga, moga anak-anak bakal membesar dan berjaya di dunia dan akhirat. permata hati ini senantiasa di doakan taat dan patuh pada perintah Ilahi dan rasul. Mama dan Babah sentiasa mendoakan kejayaan dan keredhaan Allah seiring dengan perjalanan anak-anak mama dan babah. Amin.

Tiada ulasan: