Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Maternity tickers

14 April 2010

Syukur Atas NikmatMU Ya Allah...

Alhamdulillah..diberi peluang oleh allah swt utk menikmati kehidupan dalam iman dan islam sehingga ke umur 31 ini..dgn kehidupan yang bahagia bersama suami tercinta dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata..alhamdulillah..

Sehari sblm beeday mama..kiteorg buat modul pertama utk Damiya beli present for besday mama..babah buat "pakatan rahsia" kononnya bawak damiya turun gi kedai pilih present utk mama..disebabkan besday babah plak ari khamis ni..so plannya lepas damiya buat pakatan rahsia yang tak berapa rahsia tu dia kene buat pakatan rahsia dgn mama plak utk beli hadiah babah..pening gak tgk damiya diaaam je sepanjang perjalanan bila di tanya "kita nak pegi mana ni damiya?" dia akan jawab "syy..diam la..ni rahsia tau.."...

sampai2 je kedai souvenir tu damiya turun pilih present utk mama dgn babah dulu..punya lama..dah tau dah mesti dia rambang mata dah dekat 25 minit baru settle kot..tgk2 dan ada present berbalut atas counter tu..sampai sekarang mama still belum tau apa yg damiya pilih "utk mama" tu..mesti pilih yg dia bole main la kot..hehe..mlm ni baru damiya nak "buat surprise" kat mama..

pastu turn kita plak pilih present utk besday babah on this coming 15..kejap2 damiya nak anak patung..kejap2 nak souvenir yg ada bunga rose for babah?? sume mama reject.."tak mo la bagi yg camni utk babah..."..tapi takpela..asalkan damiya yg pilihkan..at last damiya pilih souvenir motor hiasan buat dari kayu..cantik gak..at least better la dari bunga rose tu..cian anak mama..:D..

disamping present mama dan babah tu..damiya pun pilih gak brg2 utk damiya..bekas cover tisu ada gambar teddy bear, sikat gambar pooh, dan CROWN!! hehe..tak sangka gak damiya nak crown tu..damiya kata "nak jugak..cantik..nak buat pakai kat rumah je.." nasib baik harga dia rm2.00 je..  

ini la present kita yang kita yang dah siap balut..alamat nape senget?? huhu..mama dah try reload la..tapi tak mau..dia tetap kuar yg ni jugak..takpela..

Pada besday mama yang ke 31 arini mama pun nak post something yg sgt mama hargai dlm blog ni utk tatapan anak2 mama kelak..takut2 besday tahun depan tak sempat sambut lak..so mama amik kesempatan takde kelas arini utk buat entry yg agak panjang kali ni..

Actually ni adalah sajak yang diberikan oleh babah sempena besday mama yg ke-23 pada 8 thn yg lalu..masa tu mama dah nak balik tg. karang setelah abis anta projek paper thn akhir..maknanya masa tu mmg dah nak tinggalkan UPM terus la..lepas baca sajak ni mama terus nangis sampai menitik2 air mata mama kat kertas sajak tu..babah ni antara org tak pandai atau malu sebenarnya menunjukkan kasih sayang kepada mama sebelum apa2 ikatan yang sah..bagi babah "selagi kita belum ada apa2 ikatan yang sah, saya akan menjaga awak dan hubungan kita ini mengikut landasan yang betul"...ternyata mmg babah sgt berpegang dgn kata2 dia..bila mama dan sah menjadi isteri babah yang sah..alhamdulillah..tiada kesyukuran dan kebahagiaan yang mama rasakan selain dari bergelar isteri kepada Shairiman Hj. Badzri..cara babah menjaga kita dan perhatian yang babah tumpukan kepada mama dan anak-anak tidak dapat dipertikaikan lagi...smoga allah mengurniakan kita sekeluarga kebahagiaan di dunia dan seterusnya di akhirat..doakan mama dan babah akan bercinta hingga ke syurga...amiiinnn...

-----------------------sajak tu akan diupload kemudian..ada masalah ngan scanner nih..------------------


2 ulasan:

dee berkata...

syahdunya aku baca.. aku harap sebahagia korang nnt.. amiiinnnnn..

mamaDHS berkata...

insya allah dee..
"fainna maal 'usri yusra"

sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan yg allah janjikan..